Anugerah,

Karnival ICT & Kreatif (KIcK) Anjuran myNEF

Isnin, Februari 18, 2013 Mahamahu 0 Comments


New Entrepreneurs Foundation (myNEF) akan menganjurkan Karnival ICT & Kreatif (KIcK) di setiap negeri. Ia merupakan sebuah karnival yang akan diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran dan pembangunan keusahawanan di kalangan usahawan ICT dan Kreatif di setiap negeri.Karnival berbentuk jelajah dan bengkel keusahawanan ini akan memperkenalkan Insiatif PUsh dalam menyuntik kesedaran terhadap usahawan ICT dan Kreatif di segenap lapisan mengenai usaha meningkatkan kesedaran SME dan juga orang awam tentang produk ICT dan Kreatif tempatan.

Sukacita kami ingin menjemput Y.Bhg. Dato'/Datuk/ Datin/ Dr./Tuan/Puan untuk  sama-sama hadir ke Karnival ICT & Kreatif (KIcK) yang akan berlangsung di Negeri Sembilan dan juga Melaka. Penyertaan dan pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk mendaftar, Y.Bhg. Dato'/Datuk/ Datin/ Dr. /Tuan/Puan boleh klik dipautan yang disediakan. Butiran karnival adalah seperti berikut:

Negeri Sembilan  
Tarikh:  17 Februari 2013 (Ahad)
Masa:  8.00 pagi- 5.30 petang
Tempat:  CK Convention Hall, Hotel Fame, (bersebelahan Terminal 2)
               Seremban, Negeri Sembilan.

Melaka
Tarikh:  19 Februari (Selasa)
Masa:  8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat:  Dewan Sri Negeri, Hang Tuah Jaya,
               Ayer Keroh, Melaka.

CEPAT!!! Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan geran PERCUMA bernilai RM 1,000 daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi program Pembangunan Laman Web IKS. Pendaftaran PERCUMA dan tawaran TERHAD kepada  50,000 usahawan IKS sahaja!!! Turut serta, pameran KRU Akademi untuk peluang pendidikan kemahiran kreatif kepada para belia di Negeri Sembilan dan pelbagai seminar yang eksklusif untuk usahawan dan bakalSaharan. Anda juga berpeluang memenangi iPad mini bagi cabutan bertuah!

Untuk mendaftar, sila klik pautan Borang Pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Laman Web myNEF atau hubungi kami ditalian 03-7722 2706. Semoga dengan kehadiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan akan menyerikan lagi karnival ini.