Jom Steamboat & Grill Nak!!

Salam sejahtera semua pembaca dan pengikut blog Mah@mahu. Bila sebut pasal makan semua ada selera dan taste masing2. Mah@mahu pun antara org yg kuat makan dan suka menjelajah mencari tempat makan tebaik dan jenis makanan yg berbeza-beza. Betullah kata org rakyat Malaysia ni ada yg mati sebab byk makan hehehe tak semua. Cuma kalau kita makan kena pandai seimbangkan dengan diet yg sesuai dengan aktiviti harian kita.


Kali ni satu lagi tempat makan terbaik dengan hidangan makanan Steamboat dan juga Grill menjadi sasaran Mah@mahu. Kebetulan ada berdekatan dengan tempat tinggal maka tak salah cubakan mana tahu sedap hehehe. Nama saja dah tahu menu kat sini dari jenis apa. Madam Rizzq Steamboat and Grill Puncak Jalil KL. Tempat untuk menikmati steamboat 100% halal dan mengutamakan kebersihan bukan sahaja dari segi makanan dan juga tempat makan.


Kalau rakan2 semua nak tahu tempat ni baru sahaja di buka. Di usahakan oleh anak muda ia di buka setiap hari kecuali hari Isnin sahaja. Start operasi jam 6 ptg hingga 11 mlm. Cara nak makan mcm tempat steamboat lain kita boleh pilih nak steamboat sahaja atau steamboat dan grill sekali. Harga beberze mengikut usia dan juga jenis masakan yg kita nak. Tapi kalau dah makan steamboat mana nak berhentikan semua nak di cuba hehehehe.


Penting tempat ni tak boleh membazir kalau ada makanan lebih anda kena byar ok hehehe.. Pilihan makanan kat sini ok lah boleh di pertingkatkan lagi tapi kalau makan daging grill tu sedap menyelerakan. Time2 org gaji ni pergi sana memang penuh hehehe tak ada tempat nak duduk. Ada makanan laut ada sayuran dan juga ada pencuci mulut membuatkan kita rambang mata gak.


 

 


Tapi pandai2 lah pilih  makanan untuk menyimbangkan diet kita jgn hentam semua jer hehehe.... Mah@mahu paling suka makan grill kat sana sedap dan lain rasa daging dan ayam. Apa pun kalau kawn2 nak cuba boleh dtg ker Puncak Jalil ada tulis Madam Rizzq Steamboat and Grill besar2 kat depan kedai tu. Itulah cite mengarut Mah@mahu pasal makan ni hehehe.. Apa yg kita makan dan apa yg kita suka kena pastikan kebersihan dan keselamatan kepada kita kerana yg suci dan halal itu menjadi darah daging kita. Selamat menjamu selera pada semua kawn2...




0 comment... add one now