Article,

Tips Jika di Serang Sakit Jantung Seorang Diri

Ahad, Januari 13, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2, pembaca, pengoment, dan juga rakan2 blogger sendiri yg terus memberi sokongan dan cadangan. Tiap pendapat akan di telitikan dan setiap idea anda beguna untuk panduan bersama. Mah@mahu kali ini nak kongsi satu tips yg di perolehi daripad rakan Facebook yg juga seorang doktor pakar dalam kesihatan. Kalau tgk tajuk dah ramai tahukan ia adalah tentang pembunuh no. 1 di Malaysia iaitu Serangan Jantung atau lebih di kenali "Heart Attack".

Kita selalu belajar mcm mana nak bantu org lain sekiranya mereka di serang sakit jantung. Tapi tahukah anda bahawa kebanyakan kematian akibat sakit jantung adalah kerana mereka tidak dapat merawat diri sendiri setelah di serang sakit jantung. Ada kes juga mereka di serang sakit jantung dalam keadaan berseorangan dan taida sapa dapat membantu pada masa itu. Ini adalah kes yg sering berlaku. Jadi apa yg boleh dikongsikan di sini dapat sedikit sebanyak membantu diri sendiri jika di serang sakit jantung berseorangan.


Apa yg perlu di lakukan oleh mereka yg di serang sakit jantung secara tiba2 dan dalam keadaan keseorangan. Perkara penting yg boleh di lakukan oleh pesakit adalah bertenang dan ambil masa untuk tarik nafas sepanjang2 yg boleh. Gunakan mulut atau hidung untuk menarik nafas sebanyak mungkin. Selepas itu, selangkan dengan batuk seperti seolah-olah mahu mengeluarkan kahak di dalam dada anda. Lakukan ia berselang-selang setiap 2 saat sehinggalah anda mendapatkan bantuan daripada org berhampiran ataupun sehingga degup jantung anda kembali normal atau stabil.

Ini semua anda boleh lakukan setelah sintom-sintom sakit jantung menyeranga anda. Pasti ramai tahukan sintom-sintom sakit jantung iaitu sakit dada yg teramat sangat, kemudian menular ke rahang, tangan dan seluruh anggota anda. Sekiranya itu berlaku anda sebagai pesakit jantung ada lebih kurang 10 saat sahaja sebelum ia merebak ke tahap anda hilang sedar ataupun pengsang. So dalam masa 10 saat itulah anda ada peluang untuk buat semua cara yg telah di ajarkan tadi utk melambatkan serangan atau kadanga2 dalam kes tertentu ia dapat mengurangkan serangan dan keadaan kembali normal.

Tujuan tarik nafas yg panjang tadi adalah untuk menyalurkan sebanyak mungkin oksigen ke dalam paru-paru anda. Manakala batuk pula adalah bertujuan untuk mengerah jantung bergerak dan berdenyut dalam keadaan luar kawal supaya dapat memproses darah hingga kejantung. Namun ia hanyalah rawatan sementara sahaja tapi anda perlu dpatkan rawatan segera di hospital berhampiran. 

Ini satu ilmu penting yg Mah@mahu rasa perlu kongsi dengan kawn2 semua. Tak kira kita ada sakit jantung atau tidak. Ini kerena kita kadang2 tidak sedar ia menyerang tambah2 lagi bagi mereka yg tidak mengamalkan cara hidup yg sihat. Jadi kongsi bersama selamat berblog.....


Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu