Aktiviti,

Potluck Bersama Rakan Retis a.k.a Blogger Otai

Selasa, Januari 08, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua kawn2 dan juga pembaca blog Mah@mahu yg tidak seberapa ini. Moga sihat dan gembira bersama insan dna keluarga tersyang. Semenjak join aktiviti nuffnang Fear Factor House Challenge hari tu kat Sunway Piramid makin bertambah rakan blogger. Sebelum ni begerak dalam alam maya saja tapi kali ni sempat jumpa mereka dalam satu potluck ringkas tapi bermakna sebenarnya.


Walaupun perjumpaan hanya separuh hari tapi byk perkara yg dikongiskan terutama daripada Bro Framestone yg turut sama hadir walaupun sibuk baru blk daripada Perak. Maklumlah Kak Ayu selaku tuan rumah majlis potluck ni org rapat dengan bro. Hehehe cayalah Kak Ayu kawn dengan otai ni hehehhee. Kak Ayu antara blogger yg ramah dan spontan lah so bila sampai sana tak adalah kekok  sgt. Sejak kenal dgn akak dan kawn2 blogger kat Fear Factor hari tu rajin gak lah berkenalan dengan blogger2 lain.


 

Bila dah acara Potluck mesti lah makanan menjadi sasaran huhuhuh. Byk gila makanan pada hari tu ada yg tradisional dan juga western. Paling best mestilah spegeti daripada tuan rumah yg di sediakan oleh Kak Ayu dan suami tersyang terbaik lah. Di sulamkan dengan minuman koktail hasil tangan daripada saudara Penaberkala dan juga Beliamuda. Lepas ni leh lah tempah untuk majlis kahwin hehehehe ok bro.



Selain tu gak ada lah kek yg di bawa oleh saudara Melastik Bintang yg dtg bersama isteri dan anak sulung mereka. Ada gak blogger baru kenal hari tu mcm Eazy Izzuddin yg ada kembar nama lebih kurang sama jer Izzy Izzudin juga, siap dia org cite bila logging blogger jer mesti tetukar akaun. Dia org ni dtg tak silap bawa nasi impit dan juga kuah longtong terbaikkk..


Tapi pemeriah majlis mestilah ada sapa lagi kalau bukan Kifli Mally sapa tak kenal juara pada Fear Factor House Challenge di Sunway hari tu makanan special dia bawa Domino. Datang bersama Makcik Konah dan kawn dia sorry lupa nama. Di ganding lak dengan otai dalam dunia fesyen sapa lagi kalau bukan Byrawlins dan juga kwn setianya merangkap GPS bergerak beliau JeaHashim. Memang meriahlah majlis hari tu korang memang happening sgt suka lah nanti leh lapak sama lagi yer. 


Selain daripada tema makan2 kat situ ada gak lah acara brain storming antara blogger2 picisan mcm Mah@mahu ni dengan blogger2 otai. Cite dan juga tips daripada Kak Ayu dan juga rakan2 blogger lain membuatkan diri ni semangat dan lebih tabah nak berblog. Thanks pada Akak dan bro kerana sudi berkongsi tips ni. Tapi paling best dtg majlis potluck siap ada goodies lagi bawa pulang. Barangan daripada Langkawi terima kasih sekali lg kepada tuan/puan rumah Kak Ayu dan suami.


Pastu penyampaian hadiah lagi untuk tetamu yg dtg awl majlis ni wah tahniah pada Penaberkala kerana dtg paling awl sekali dpt buku dari PKT Logistics Group Sdn Bhd. Terima kasih pada PKT kalau nak tahu apa tu PKT layari Facebook PKT Logistics Group Sdn Bhd atau PKT Talent Hunter group kat FB gak. Thanks to Kak Ayu dengan baju daripada PKT ni muat2 jer hehehe. Special ni kalau korang nak baju ni kena PM Kak Ayu ok..



Apa pun thanks and this event paling best yg pernah sertai simple and santi sgt. Nanti ada lagi kita buat lak kat tempat lain sapa nak sponser ni heheheh.. Jgn lupa follow Mahamahu di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube semua search jer Mahamahu nanti jumpa lah ok. Selamat berblog semua..