Astro,

Pencalonan Anugerah ICT NEF-Awani 2012 Kembali

Sabtu, Januari 26, 2013 Mahamahu 0 Comments

Anugerah ICT NEF-Awani kini kembali lagi untuk tahun ketiga! Kali ini, Anugerah ICT NEF-Awani 2012 dianjurkan oleh Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dan Astro Awani disokong oleh New Entrepreneurs Foundation (Yayasan Usahawan Baru). 


Penyertaan pencalonan bagi Anugerah ICT dan Anugerah Pilihan Ramai secara rasminya dibuka bermula 27 Disember 2012 dan berakhir pada 31 Januari 2013. Objektif anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan meningkatkan lagi nilai syarikat ICT dan Kreatif Bumiputera. Ia juga direka untuk menunjukkan kepada orang awam akan kewujudan syarikat Bumiputera yang berkebolehan. NEF berharap agar Anugerah ini dapat memberikan inspirasi kepada Teknopreneur untuk melakukan yang terbaik justeru menggalakkan orang lain untuk menjadi Teknopreneur yg berjaya.

Kategori bagi Anugerah Pilihan Ramai yg memerlukan undian daripada penonton dan pengguna sekalian.
  1.         Favourite e-Services/ e-Government
  2.         Favourite Online Banking
  3.         Favourite Entertainment Portal/ Blog
  4.         Favourite Local Celebrity@ICT
  5.         Favourite Telecommunication Company
  6.         Favourite Local Online Community
Syarat Pencalonan (Anugerah Pilihan Ramai)
  1. Pencalonan adalah terbuka kepada syarikat-syarikat dan perkhidmatan dalam talian yang berkaitan dengan kategori yang ditetapkan.
  2. Pencalonan kemestian dari individu atau orang awam.
  3. Setiap orang boleh menghantar pencalonan mereka sekali sahaja.
  4. Untuk mencalonkan produk kegemaran dan perkhidmatan anda sila layari NEF-Awani ICT
Daftarkan diri anda yg bergiat aktif dalam dunia ICT ini ramai blogger2 ni yg menjadi entrepreneur dalam dunia ICT ni. Anda pun layak jadi apa tunggu lagi daftar sekarang.


Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu