Samsung,

Masalah dan Penyelesaian Samsung Galaxy S3

Khamis, Januari 10, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog info Mah@mahu ini. Moga terus berkongsi idea dan juga pendapat serta pengalaman anda di sini untuk bersama2 dpat manfaat dan iktibar. So dengan berpegang kepada moto itu maka Mah@mahu hari ni nak share masalah yg di hadapi sendiri oleh Mah@mahu. Ni perkara yg di hadapi sendiri dan juga perkara yg di atasi sendiri nak kongsilah bersama kawn.

Mah@mahu menggunakan phone Samsung S3 so first beli akan dpt Andriod 4.0 version atau kita panggil Android ice cream Sandwich wahh mcm makanan lak kan. Knp lah android suka guna nama makanan yg terbaru ni untuk Android 4.1.1 pun nama makanan Jelly Bean. So mcm biasalah nak update kepada version baru jadi buatlah sendiri.... Pergi Setting > About Device > Software Update dan klik lah Update utuk update secara manual. Tapi requirement update mesti di sambungkan dengan wifi kalau guna data plan tak boleh dik tak kuat nak download.


Maka buatlah step tu untuk download yg versi baru. Kata org versi tu lebih laju and lebih cantik. seronok lah dah selesai jer download and tgk lah semua system upgrade tu. Ok lah and agak lancar seperti yg di katakan dan cantik. Tapi syg selepas seminggu di gunakan sahaja ada lak masalah lain timbul. 'SMS function error' tak boleh nak bukak langsung fungsi sms apatah lagi nak hantar sms. Mula2 tu blurrr gak lah tak tahu nak buat apa search kat google tak jumpa. Ada jumpa solution dia org suruh disable kan SMS tu and download application sms yg ada dalam Android.

Memang leh download tapi semuanya tidak seperti asal. Dengan rupa yg tak best dan tak mesra pengguna dan juga masalah paling besar tak boleh nak MMS. Siap setengah application tu dan mention awl tentang masalah tak leh MMS ni cuma boleh sms jer. Nak tak nak gunalah juga dalam sebulan application untuk sms ni. Kalau nak hantar gambar kenalah guna Whatapps atau Viber. So tak puas hati lah kita guna phone untuk semua function kan. Maka dengan daya usaha pergi gak lah ker Samsung Center kat Low Yat.

Bila pergi kat sana org center tu ckp memang masalah semasa mendownload new version of Android. So dia ckp memang selalu belaku masalah mcm ni kalau download sendiri. Ada sesetengan application akan crash, maka dia cadangkan nak update version kat Samsung center. Tapi dia kata boleh baiki masalah tu cuma kena lah bayar melayang gak RM30 untuk betulkan SMS tu. Bukan lama pun kejap jer 10 minit jer dia buat dia kata reset semula SMS punya function tu tanpa ganggu application lain. So lepas di baiki maka oklah semula tak ada masalah SMS lagi.

Satel satu masalah pastu lak dtg lg satu masalah lain. Yg ni lak tak tahu sapa salah tapi dah ramai kawn2 ckp mcm. Tak dapat connect data plan atau senang kata tak dpt sambungan internet. Mah@mahu 2 hari try connect dengan data plan tak dpt2 gak last2 geram call jer telco provider tu tentang masalah ni dan dia org ajar step by step untuk reset semuala 3G connection dalam phone. Dia suruh pergi Setting > More Setting > Mobile Networks > Access Point Names > klik setting (kat butang bawah belah kanan) > klik Reset to Default. Lepas buat tu semua nanti akan reset semula kepada asal and kita kena choose service 3G mana yg kita guna. 

Lepas sahaja pilih service tu dia minta kita restart semula phone tu. Lepas jer restart dan on baru lah dpt sambungan internet dan dpt balik whatapps. Arrrr tensionlah masa tu rupanya dia kata kena buat reset ni paling kurang 2 minggu sekali kalau berlaku masalah connection. Tak tahulah salah kat mana ni adakah kat phone atau kat talian telefon tu. Kalau kawn2 ada pendapat dan masalah sama leh kongsi kat sini agar kita belajar tentang pekara yg remeh temeh ni tapi penting untuk pengguna telephone pintar di Malaysia. Selamat berblog.....


Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu