Aktiviti,

Layan Tat Nasi Ayam Kat Puncak Jalil Jap

Rabu, Januari 02, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga tahun baru anda penuh makna dan juga perancangan yg teliti agar ia mencapai matlamatnya. Yg lepas tu biarkan lepas dan yg baru kita plan betul2 moga tercapai sebelum menjelang tahun 2014. Mah@mahu pun plan untuk 2013 ni lebih mesra dan lebih bertemu rakan2 blogger secara dekat lah. Kalau sapa2 ada nak ajak joint event ker apa boleh roger Mah@mahu ok Insyallah kalau kena masa dan tempat bertemu lah kita ok. Apa pun tahun baru di mulakan dengna pertemuan bersama rakan blogger buat Potluck satu langkah yg baik lah tu untuk tahun baru hehehehe....


Tu cite tahun baru tapi bila dah sebut cite pasal makan maka Mah@mahu nak mula dengan kes terjah makan kat sebuah restoran terbaik juga lah. Maklumlah org kuat makan ni akan tahu mencari mana tempat makan best hehehe. Apa pun tempat ni masih baru dekat Taman Puncak Jalil, Bukit Jalil. Kat situ rupanya dah ada byk tempat makan menarik. Salah satunya Tat Nasi Ayam memang org kat ada byk cawangan tapi yg sempat singgah kat situ lah hehehe..


Apa istimewa Tat Nasi Ayam ni dengan nasi ayam lain menurut pengasasnya Mukhtar Abdul Ghani atau lebih dikenali de­ngan nama Abang Tat ia adalah asli rempah ratus nasi ayam tradisional Melayu. Wow mcm sedap jer kan memang sedap dgr nya. Bukan sahaja resepi rahsia daripada nasinya tapi juga pada sup dan ayam yg ada dalam hidangan Tat Nasi Ayam



Kat sana memang menu utama dia Nasi Ayam tapi ada menu2 sampingan lain juga. Kalau pergi mesti kena pilih Tat Nasi Ayam Special atau Tat Nasi Ayam Stim atau pun Nasi Ayam Kampung Special huhuhuhuh.. Dgr jer nama dah special apa yg special nasi ayam lebih dan ayam pun lebih hehehe.. Puas makan untuk seorang sgt sesuai. Kalau datg bekeluarga atau berteman kat sana da juga sediakan dalam bentuk set untuk 2 hingg 6 org sesuai untuk keluarga.  



Selain itu juga ada nasi lain di sediakan seperti Nasi Burung Puyuh, Nasi Itik dan Nasi Daging. Nasi daging tu pernah rasa lah hehehehe tapi yg lain belum cuba. Tapi makan kat situ memang best and tenang jer kalau dtg time kerja office hour memang cepat habis huhuhu sebab sedap and harga berpatutan... Kalau nak dtg ia di buka dari pukul 10 pg hingga 9 mlm.. Kalau korang nak dtg ajak Mah@mahu ok leh buat gathering kat sana hehehehe.... See u next preview jalan2 melantak makanan bersama Mah@mahu...

Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : /mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu




0 Pandangan: