Perfume,

Ketahui Tarikh Luput Perfume Anda

Rabu, Januari 23, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 pembaca blog Mah@mahu. Nak kongsi tips dengan Mah@mahu di alu-alukan untuk menghantar tips2 and ke sini dah ia akan share serta kreditkan kepada anda. Mudah jer kan apa pun subscribe email anda dengan Mah@mahu. Anda boleh share kepada kami segala tips2 berguna. So hari ni nak share tips penjagaan perfume kepada anda yg memang byk memiliki perfume berbagai wangian.

Ramai tertanya2 adakah perfume ini mempunyai tarikh luput? Bila kita akan tahu tarikh luput perfume yg di beli? Semua tu bermain dalam kotak fikiran kita kerana bila kita beli perfume tidak dinyatakan tarikh luput seperti kita beli barang makanan. Sebenarnya perfuma juga ada tarikh luputnya. Ikutilah sedikit panduan untuk anda mengetahui bila masa perfume and akan tamat tempoh penggunaan.


Ingat apabila perfume telah dibuka dan digunakan, ia akan bertahan lebih kurang setahun sahaja. Namun ia juga bergantung kepada cara penjagaan perfume itu sendiri. Jikalau perfume masih lagi di dalam packaging, kebiasaanya ia dapat bertahan dalam tempoh 5 tahun. 

Sekrang pula adalah tips2 penjagaan atau penyimpanan perfume yg sesuai agar ia tahan lebih lama. Pertama, simpan perfume anda ditempat yang sejuk dan gelap seperti tempat simpanan khas ataupun dalam laci. Sesetengah daripada pengguna perfume mempunyai rak khas untuk penyimpanan dan penyusunan perfume agar mudah untuk di cari dan di simpan. 

Kedua, jangan sekali-kali biarkan perfume anda terdedah terus kepada cahaya matahari.  Ini kerana pendedahan terus kepada cahaya matahari akan mengakibatkan perfume anda bertukar bau kepada bau yg hapak atau pekat. Ini kerana perfume akan tersejat walaupun dalam tempoh yg lambat.

Ketiga, elakan dari menyimpan perfume anda di dalam bilik air. Ini kerana bilik air selepas mandi akan menjadi lebih panas dan berwap kena daripada suhu badan manusia. Ia akan merosakan molekul2 yg ada dalam perfume itu. 

Keempat, awas jgn simpan perfume anda di dalam peti sejuk, ini kerana kelembapan yg melampau dapat merosakan chemical reaction perfume tersebut. Ia adalah lebih baik di simpan dalam suhu bilik yg sederhana.

Semoga info ini berguna untuk anda agar penggunaan perfume anda tahan lebih lama dan lebih selamat untuk anda gunakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari Sephora Perfume untuk mendapatkan tips2 yg lain. Selamat mencuba dan selamat berblog....


Follow Mah@mahu di sini..

Twitter : @mahamahu
Facebook : mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu