Aduan,

Aduan SuSu Tamat Tempoh di e-Aduan KPDNKK

Sabtu, Januari 12, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 pembaca dan juga rakan2 blogger lain yg bersama berjuang dalam arena blogging ini bersama2 untuk memberi informasi kepada pembaca. Paling penting mesti tepat dan berguna kepada semua. Itu yg Mah@mahu nak kongsi hari ni pasti semua dah pernah tgk promo bagi laman aduan secara online oleh KPDNKK. e-Aduan adalah satu lagi gerbang kerajaan dalam mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan aduan pengguna yg teraniaya. 


Layari ker site http://e-aduan.kpdnkk.gov.my dan kat sana anda boleh buat apa2 sahaja aduan berkaitan dengan isu pengguna. Kalau ada penjual menaikkan harga sesuka hati, aduan barang yg di jual rosak atau tamat tempoh, aduan terhadap service daripada peniaga yg tidak memuaskan serta penganiayaan terhadapan anda selaku pengguna dan pembeli. Kerana kuasa membeli yg menentukan peniaga bukan peniaga senang2 nak naikkan harga.


Untuk maklumat lanjut berkaitan aduan anda atau laman sesawang ini anda boleh hubungi.

Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my
Hotline: 1800-886-800

Menurut laman sesawang ini pihak KPDNKK ada menyatakan bahawa,

"Dengan adanya sistem ini, adalah diharapkan urusan orang ramai dengan KPDNKK akan dipermudahkan lagi"

So harap tidak tibul isu aduan lambat ambil tindakan dan juga aduan yg terpaksa menunggu terlalu lama untuk selesai. Ini satu inisiatif kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan kerajaan dan juga keselesaan pengguan. Kita pula sebagai pengguna kena guna peluang yg ada ni jgn di biarkan begitu sahaja. Adu lah apa sahaja yg tidak betul dalam urusan peniagaan untuk kesenangan bersama.