Pengumuman,

Pengundian Secara Online di PRU 13

Khamis, Disember 13, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pembaca dan juga mereka yg selalu memberi pendapat dan juga sokongan kepada blog tidak seberapa ini.. Dengan sokongan anda itu lah maka blog ini terus bertahan menjadi sebuah blog memberi dan berkongis informasi kepada rakan2 pembaca lain. Harap ia dapat memberi sedikit sebanyak kepada mereka panduan yg didapati melalui pengalaman kerana pengalaman memetangkan kita. Jgn lah kita diam dah tidak bersuara kerana suara kita mampu untuk menggoyangkan dunia itulah yg kita mahukan untuk generasi muda sekrang ini.

Kalau dgr Mah@mahu baca intro kat atas tu ada mcm boleh jadi calon pilihanraya ker. Huhuhuhu harap2 mcm tu lah tapi untuk masa terdekat ni jadi calon untuk Parlimen Belia Malaysia pun belum tentu layak.. Sebut jer pasal Parlimen Belia Malaysia kerajaan pernah mebentangkan di parlimen untuk mewujudkan barisan parlimen generasi belia dia Malaysia. Di mana fungsi parlimen ini untuk mendapat. mendengar dan membahaskan isu atau pendapat belia di Malaysia.

 
Wahh sekrang ni org yg tak dpt jadi YB pun leh untuk berbahas seperti di Dewan Parlimen negara. Tak caya anda boleh juga. Jadi apa lagi daftar jadi pengundi untuk Perlimen Belia Malaysia. Kat laman web ini http://www.parlimenbelia.gov.my anda bukan sahaja boleh menjadi pengundi malah pencadang dan juga calon untuk plihan raya belia yg akan di adakan nanti. Tarikh tutup masih lambat dan terbuka kepada golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun.
 

Tak tahu lagi kat mana barisan parlimen ini akan bersidang nanti. Itu mungkin kena tunggu pencalonan dah cukup, pilihanraya dah di buat baru lah akan di adakan persidangan. Adakah secara online beramai atau pun satu dewan khas, itu kena tunggu pengumuman seterusnya. Sekrang kita org muda bukan sahaja boleh bersuara belakang2 atau post kat wall FB dan Twitter, tapi boleh bersuara terus dan telus kepada barisan pemimpin negara. Pendapat kita juga di ambil kira untuk mebangunkan sebuah negara yg bukan sahaja maju malah mampan dan adil untuk semua peringkat.

So apa lagi gunakan kuasa kita beramai2 mendaftar untuk menjadi parlimen belia di Malaysia. Jng takut untuk bersuara gunakan saluran yg betul dan terbaik untuk semua. Lepas ni tak ada lagi yg mengata belakang2 kalau tak puas hati terhadap kepimpinan negara. Sama2 kita bangunkan negara tercinta ini dengan penuh aman. Bukan dengan guna cara mogok atau berusuh tak tentu pasal kan. Yg sakit diri sendiri gak kan lepas ni guna saluran yg betul ok. Selamat berkempen ehhh lambat lagi.