Astro,

Fear Factor Malaysia Edisi Blogger Menyeramkan

Ahad, Disember 16, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan pengunjung setia blog Mah@mahu moga dalam keadaan aman dan sejahtera hendaknya. Sentiasa gembira tidak dalam ketakutan kerana setiap ketakutan kita harus hadapi dan jgn jadikan ia sebagai penghalang dalam kehidupan. Itu lah Mah@mahu pelajari daripada program Fear Factor Celebrity Malaysi. Mesti ramai ingat kan entry yg bertajuk "Bagaimana Nak Hadapi Faktor Ketakutan Anda" itu lah entry yg Mah@mahu buat untuk menyertai program Fear Factor Edisi Blogger anjuran Astro dan kerjasama Nuffnang.




Program yg telah berlangsung pada 15 Disember 2012 di Sunway Piramid dihadiri oleh lebih daripada 30 org blogger. Memang meriah tapi di selubungi keseraman kerana kami yg dtg tak tahu apa cabaran pada hari tu. Cuma nampak sekotak yg penuh dengan tanah liat dan juga cacing. Kami kena korek ker huhuhuh....... Itu lah cabaran pertama kami kena korek tanah yg mengandungi cacing  untuk mencari 3 biji guli dalam masa 30saat bayangkan.


Itu tak apa lagi sapa yg lepas stage pertama tu akan pergi ke stage ke dua, tiga dan empat kesemuanya di dalam sebuah bilik misteri dan gelap itu lagi suspen di buatnya. Masuk bilik pertama sahaja dah kena celup sebuah kotak berisi katak dan tugasan kena dapatkan katak sebyk 5 ekor dalam masa 60 saat. Nasib baik katak tu kecik2 jer heheh main ramas jer lah. Pastu lak lepas stage tu akan masuk bilik ke dua lak di mana bilik paling gelap dan hanya boleh dgr bunyi unggas jer. Dalam bilik tu peserta kena cari 3 kad Fear Factor dalam lubang yang di sediakan. 


Manakala stage untuk tugasan terakhir paling serak sejuk dan ada juga yg tak beani buat. Ada sebuah kandang kecil lagi kat dalam tu dimana dalam kandang tu ada beberapa ekor ular sawa sebesar betis. Kami kena masuk dalam kandang tu dan mencari satu kunci yg ada di bawah ular2 tersebut dan membuka pintu keluar, semuanya di lakukan dalam masa 60saat. Itu lah cabaran yg telah menggagalkan Mah@mahu kerana tak jumpa langsung kunci. Dalam hati seram sejuk gak tgk ular tu kena angkat dan selak daun2 yg ada tapi nak buat mcm mana bukan rezeki. 



Tapi semua ketakutan itu dpat di redakan dengan kehadiran ramai personality darpada program Fear Factor Celebrity Malaysia sendiri. Meraka datg bagi support kepada kami blogger2 ni dan bagi tips lagi untuk mcm mana nak menghadapi ketakutan terebut. Ada Alam, Zawin, Arja Lee, Major Dr Faiz, Kumpulan Shiro dan ramai lagi la barisan artis yg telah menyertai Fear Factor Celebrity ni. Sempat bergambar dan juga beramah mesra dengan mereka rasa hilang ketakutan tu hehehehe. Nak tgk gelagat mereka sepanjang Booth Camp Fear Factor Celebrity layari Facebook Fear Factor sekarang.



Namun tahniah kepada kawn Mah@mahu Kifli Mally kerana dia telah berjaya menjadi juara Fear Factor Edisi Blogger kali ni. Tumpang gembira sgt. Tapi paling best dapat jumpa blogger2 otai lain seperti Abg Eriqazz, Kak Ayu, Amir Nawawi, Khairul Anuar dan ramai lagi. Tak apa nanti Mah@mahu buat review khas untuk rakan2 blogger ni sebab mereka memang sporting dan meriah sgt...Sempat lagi juara Fear Factor Edisi Blogger belanja kita org makan kat Laksa Shake memang terbaik lah dia moga2 murah rezeki kan..