Fakta,

Bukit Tinggi Pahang Akan Di Landa Gempa

Selasa, Disember 18, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan terus membaca dan memberi support kepada blog Mah@mahu. Kita harus berdoa dan bersyukur kerana kita masih berada dalam keadaan aman damai dan tiada sebarang bencana. Mahupun daripada manusia atau pun daripada alam semulajadi yg kita tidak tahu dugaan akan datang.

Namun dengan kenyataan daripada Prof Dr Felix Tongkul, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah sungguh mengejutkan kita. Rupa2nya dalam diam kita juga bakal di landa gempa bumi bersekala kecil pada masa akan dtng. 6.0 pada skala Richter mampu untuk meranapkan tempat kediaman mahupun bangunan setinggi 4 atau 5 tingkat di negara kita. 


Berkata kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi. Rakyat di harap tidak mudah panik dan bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku. Pihak bertanggungjawab juga di harap  bersedia dengan peralatan untuk amaran awl kepada rakyat agar tiada korban nyawa yg berlaku akibat ke alphaan kita. 

Selain dari itu juga kawasan yg pernah mengalami gempa bumi di skala 5.8 pada tahun 1976 iaitu Lahad Datu juga berpotensi mengalami gempa bumi bersakala sederhana. Kundasang dan Ranau di Sabah juga adalah kawasan yg berada dalam pantauan mereka kerana juga akan mengalami gempa pada skala sederhana itu. Jadi kita jng seronok sgt lah kerana kita berada di luar Lingkaran Api Pasifik kerana kejadian alam semulajadi ini tidak dapat di ramal. 

Apa yg penting kita siap sedia untuk semua itu dan jgn terlalu seronok dan alpha untuk mengejar kemajuan sehingga menggadaikan alam semulajadi kita. Kerana kita bukan lah mampu untuk menggantikan apa yg telah terhapus tapi kita mampu kurangkan kehapusan itu dari terus melarat. Pesanan masyarakat daripada Mah@mahu sama2 kita menjaga alam sekita kita dan juga menjaga keamanan negara kita.


 *Sumber daripada Yahoo Malaysia