Penipuan

Baucer RM 1000 Satu Penipuan!

Isnin, Disember 10, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga kepada pembaca blog Mah@mahu harap hari2 anda lebih ceria dan gembira selalu. Berbagai cara di gunakan oleh org luar untuk menipu. Sekarang cara paling mudah adalah dengan menggunakan social networking, laman2 blog mahupun laman berita. Bukan nak tuduh tapi ia adalah seperti hanya untuk mengaut untung dengan cepat dan juga mendapatkan maklumat pengguna yg mudah terpedaya kerana di kaburi tawaran hadiah yg lumayan.

Seperti sebelum ini Mah@mahu ada byk terima email mengatakan anda telah menang cabutan bertuah dan juga bebagai-bagai lagi dengan menggunakan jenama besar luar negara. Itu dah terang-terang Mah@mahu percaya ia adalah penipuan dan juga spam. Makan tak kena tipu, tapi kali ni mereka gunakan jenama besar tempatan lak untuk menipu dengan tujuan mendapat maklumat pengguna dan juga untuk kita membeli barang mereka.

Mah@mahu terkejut bila baca satu email tajuk anda menang Voucher RM1000 wow sapa tak terkejut dan memang menarik lah. Tapi bila buka bila klik rupanya ia adalah sebuah laman penipuan sahaja untuk anda beli barang meraka dan menjadi pelanggan mereka. Tak tahu apa tujuan meraka tapi ia semakin menjadi-jadi. Kalau korang baca email kat bawah ni apa reaksi korang mesti terujakan.. 

 

Tak tahu lah penganjur adalah dari mereka sendiri atau mereka juga tak tahu bahawa jenama mereka ini telah di gunakan dengan salah. Apa pun ia sesuatu perangkap yg mengejutkan untuk anda pengguna di Malaysia. Tak tahu lagi apa tujuan mereka buat mcm ni tapi bila akhirnya anda dapat lihat kena beli barang. Knp kena buat mcm tu cuba buat terus terang tapi guna element yg lebih menarik. Yg jadi mangsa pengguna yg naif mcm Mah@mahu ni sendiri huhuhuhu...

Tapi anda ada kuasa anda untuk memastikan perkara ini dapat di bendung. Buat laporan dengan MCMC terus ke laman web mereka dan buat laporan mcm yg telah Mah@mahu buat sebelum ini [klik sini] atau [klik sini]. Apa pun guna kuasa kita agar mereka tidak teru menerus menipu dengan mudah. Selamat berblog...