Muzium Seni Helah Pertama Malaysia i-City

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@Mahu yg tidak seberapa ini. Moga sihat dan terus ceria bersama insan tersayang sepanjang hari. Kali ini nak mencari tempat2 menarik lak untuk di kunjungi lagi. Lama gak tak pergi ker taman tema cahaya pertama di Malaysia. Mana lagi kalau bukan i-City di sec 7 Shah Alam. Kali ini lagi hebat dengan tambahan taman tema permainan dan juga taman tema air. Makin berkembanglah i-City sekarang menjadi pusat tema kat Shah Alam bagus. Satu lagi lambang kemajuan di negara kita Malaysia. 



Pengunjung Taman Tema I-City, berpeluang masuk secara percuma ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang ditempatkan di dalam taman tema itu. Tapi sehingga tempoh yg ditetapkan sahaja dan akan di umumkan kelak berapa bayaran akan di kenakan pada pelancong di sana. Wah sekrang dah ada muzium tapi apa itu muzium seni helah? Dengar mcm pelik kan tapi bila masuk memang pelik kat dalam tu. Muzium pertama di Malaysia di bangunkan dimana ia menempatkan karya seni lukisan yg penuh dengan helah atau trip kat dalam lukisan tu. Kalau perasan tgk pada pic2 ni mesti korang rasa pelik kan mcm tu lah kat dalam tu hehehe..



Mah@mahu tak pernah masuk lagi kerana tempat ni baru sahaja di buka oleh pihak i-City. Jadi lepad ni boleh pergi kunjung ke taman teman tu memang dah makin best lah. Tapi kalau pergi time cuti sekolah alamat memang tak merasalah nak main game2 ni. Sekrang lak mesti ramai ibu bapa bawa anak2 melancong kan kat dalam negara pun ok lah janji dpt jalan2 meluang masa bersama. Lepas ni bawa lah kuarga anda bersama bercuti sempena dengan cuti sekolah ini ok. Luang masa berharga bersama2 sama agar ikatan kekeluargaan lebih kuat dan utuh. Selamat bercuti semua...