Article,

3 Perkara Berkaitan MAHA di Google

Khamis, November 29, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca yg tak jemu2 membaca naskah karya paling sempoi sekrang ni. Tak boleh lah nak buat rujukan rasmi tapi sekadar pengetahuan boleh lah. Kalau nak buat rujukan Tesis tak sesuai kawn2 semua hehehee.. Dalam pencarian Google Malaysi bila kita search perakataan MAHA ada 3 perkara berkait rapat dengan perkataan ini. Mari kita tgk satu persatu.



1. Maharaja Lawak Mega 2012

Maharaja Lawak Mega semua org tahu sekrang ni tgh hangat untuk musim ke dua. Tengah berlangsung sekrang di Astro Warna saluran 132 setiap hari Jumaat jam 10 mlm. Memang kelakar lah membariskan 11 kumpulan daripada Malaysia, Indonesia dan juga Singapura. Pengacara program ini seperti biasa dato gelang atau Dato AC Mizal. Memang gamat setiap minggu dengan gelak tawa menyaksikan mereka membuat lawak. Barisana juri tahun ini juga telah berubah dimana gabungan 3 negara ini juga iaitu Awie, Najib Ali, Mulan dan juga Lisa Surihani.

2. MAHA 2012

Juga tengah rancak berjalan sekrang ini bermula daripada 23 November hari Jumaat sehinggalah 2 Dicember 2012 hari Ahad. Di mana MAHA 2012 adalah karnival atau expo pertanian yg mempamerkan bukan sahaja jenis2 pertanian yg ada malah teknologi-teknologi pertanian yg mampu kita hasilkan dan komiselkan. Melibatkan lebih daripada 1000 gerai pameran dan jualan, MAHA 2012 kini berada di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Selangor. Tidak rugi cuti sekolah ini bersama keluarga dan anak2 mengunjungi pameran ini byk ilmu boleh di perolehi di sana.

3. Tun Dr. Mahathir

Kalau sebut nama ni mesti ramai akan teringat kepada zaman pemerintahan beliau yg juga di gelar Bapa Pemodenan negara. 22 tahun memegang tampuk pemerintahan sebagai perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir tidak pernah menghampakan negara. Dengan ciptaan dan pembangunan merubah daripada sebuah negara berteraskan pertanian kepada negara berteraskan industri. Pembangungn KLCC, KL Tower, Putrajaya, Litar Sepang, KLIA dan mcm2 lagi semua di bawah pemerintahan beliau. Seorang pemimpin yg kita hormati dan sanjungi menjadi contoh sehingga kini.

Sekrang ni Mah@mahu tgh tunggu bila lah blog Mahamahu.com ni nak jadi top 3 search at google ni. Dapat jadi top 10 pun dah syukur huhuhuhu.. Alamat lambat lagi lah kena usaha dan terus usaha tidak putus asa. Apa pun Mah@mahu dapat gak tempias kepada nama2 besar ini yg bermula dengan Maha atau dalam kamus Maha itu besar. Besar cita2 Mah@mahu ni moga tercapai Insyallah..