Pulau-Pulau Cinta Kinabalu - Hari Ketiga

Salam kepada pembaca dan pengikut blog Mah@mahu. Hari2 Mah@mahu mendoakan kesejahteraan pembaca moga terus membaca blog yg tidak seberapa ini. Kali ni nak buat entry sambungan kepada trip ker KK yg telah Mah@mahu cerita kan 2 entry sebelum ini. Kali ni trip sampai ker hari ketiga berada di KK memang menyeronokan kali ni lagi best sebab nak pergi mandi di pulau2 Sabah yg cantik. Kata org kalau tak pergi tak sah percutian anda hehehehe..


Sebelum tu pagi pergi shopping dulu jalan2 cari barang yg murah dan cenderahati yg boleh di bawa pulang ke KL nanti. Pagi Ahad akan ada pasar pagi di Gaya Street bandar KK tu. Kat situ mcm2 barangan dijual daripada baranga makanan hingga ker barang perhiasan serta cenderamata. Harga memang murah dan boleh beli byk. Ada gak barangan antik di jual kat pasar ahad tu. Rugi kalau pergi tak jalan2 sana nak cari barang untuk di buat kenangan dan di hadiahkan kepada kawan2.




Lepas lebih kurang sejam jalan kat situ, meneruskan perjalan ker Jeti Jesselton Point dimana semua boat dan feri untuk ke pulau2 seluruh Sabah semua kat situ. Kalau nak pergi labuan pun naik kat situ gak. Harga boleh tahan mengikut pakej yg anda ambil. Kalau nak murah ambil dengan agensi senang sebab semua mereka uruskan daripada tiket, makan tghari, jaket keselamatan dan juga google snorkeling. Tak sangka dpt juga akhirnya snorkeling tak pernah buat sebelum ni. Tak ada pengalaman tapi belajar sendiri jer mudah hehehe.



So terus naik boat pergi ker 2 pulau pilihan ramai. Kalau pergi sana kata org kita tak di galakkan pergi semua pulau kerana tidak cukup masa dan juga perjalanan antara pulau merugikan masa anda nanti. So pilih lah 2 atau 3 daripada 4 pulau menarik yg ada kat sana. Antara yg menarik yg sempat kami singgah Pulau Manukan dan juga Pulau Sapi. Ada lagi 2 pulau kat sana iaitu Pulau Mamutik dan juga Pulau Gaya. Firstly kami ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 30 minit menaiki boat.





Pemandangan kat situ memang cantik dengan air yg jernih serta boleh nampak ikan2 berenang-renang kat dalam air tu. Sampai sana jer memang tak sbr nak mandi dan juga snorkeling huuhuhu. Kat pulau2 tu memang ramai pelancong kalau kita sampai. Ada dari serata dunia yg paling ramai pelancong dari negara cina. 




Lepas habis masa 3 jam kat pulau Manukan kami pula bergerak ker pulau Sapi. Cuma anda kena pastikan bahawa boat yg anda naiki kerana mereka akan mengambil penumpang yg membeli tiket boat mereka sahaja ok. Jadi kalau tak biasa kena rajin bertanya kdang2 mereka menjerit nama company mereka huhuhu. Dari pulau manukan ke pulau Sapi kejap jer 10 minit hehehee...

 
 

Lepas habis menjelajah 2 pulau tu penat dan penuh gembira tiba perut lapo. Sampai jer jeti Jesselton Point tu terus agency tu hantar ker Waterfront nak cari makan kat situ. Kat tepi laut tu kalau siang byk kawasan parking tapi bila malam berubah. Terus jadi syurga makanan yg byk berbagai pilihan untuk anda nak cari mkan mlm kat sana. Huhuhu penat jalan seharian dengan mandi terus blk hotel untuk rehat hari keempat esok. Jumpa untuk next entry ok....



0 comment... add one now