Aktiviti,

Dejavu Di Kinabalu - Hari Kedua

Ahad, Oktober 14, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan bahagia selalu. Sambungan daripada entry lepas pasal trip Mah@mahu bersama rakan2 ker Kota Kinabalu. Kali ni untuk hari kedua trip tersebut penuh cabaran dan juga rintangan. Bukan sahaja masalah pengankutan kena tipu malah masalah cuaca juga memain peranan. Semua tu Mah@mahu dan kawn2 berjaya hadapi dengan tabah untuk trip bercuti di KK. Yg penting korang jng layan kalau ada khidmat sewa kete yg di buat kat Mudah.my semua tu penipu jer Mah@mahu dah terkena jng korang lak terkena. 


Kali ni trip bermula dengan mencari kete sewa sahaja dah sampai berejam-rejam. Last sekali dpat gak kete kat Jasselton Point. Kat situ ada khidmat sewa kete hagar ok dan kena cepat sebab selalu habis. So dpt lah keta VIVA untuk di naik bersama 4 org nak pergi ker kaki Kinabalu di Kundasang. Perjalan memakan masa 2 jam menaiki kereta daripada Kota Kinabalu. Di pandu arah oleh kawn kami dari Sabah sendiri Cik Maya. 






Apabila sampai Kundangan memangt sejuk dan sungguh indah mata memandang dengan panorama hijau sekeliling kita. Sungguh mengkagumkan sekali rasa mcm kat everest lak hehehe. Sempat singgah kat bawh tu menikmati Chiken Wing bermadu hehehehe. Boleh tahan gak dalam keadaan sejuk makan masakan panas. Selepas makan teruskan perjalanan untuk ker Poring Hot Spring


 

Kawasan mandi air panas semulajadi mengikut kata org kat situ best kerana kepanasan adalah semulajadi daripada bawah batu. Ramai gila org kat sana mandi kadang2 kena tunggu turn kerana tempat agar terhad. Tapi kat sana kemudahan kena di tingkatkan sebab mandi mcm tak puas kerana masalah perpaipan air panas tu. Apa pun sempat lah rendam kan diri beberapa minit untuk merasai sendiri kepanasan air panas sana Sabah.



Selepas tu teruskan perjalanan menaiki kepuncak bukit yg tinggi dan sejuk bukan puncak Kinabalu ye hehehe.. Semata-mata nak pergi tgk tempat pengambaran drama Dejavu Di Kinabalu. Memang tempat dia tinggi dan sejuk ia adalah sebuah ladang tenakan lembu ternusu. Memang cantik dan menawan tapi syg masa kami dtg hujan turun renyai dan sedikit merenjatkan aktiviti bergambar kami. Sempat tgk mcm mana mereka memerah susu lembu dan ada jual susu lembu asli lagi.



Selepas puas tgk lembu kami terus perjalan kerana hari makin gelap singgah sekejap di antara kawasan tapak mendaki gunung Kinabalu. Mesilau Nature Resort Site tu lah nama tempat yg tinggi dan cukup sejuk. Redup mata memandang dari kawasan tinggi dan penuh dengan tumbuhan hijau membuat hati rasa tak nak blk kl jer. Lepas puas melepak kat situ plan nak blk terus ker KK sebab hari dah malam.




Tapi bila setengah jalan kawn ajak singgah pulak satu lagi tarikan pelancongan di KK iaitu Rumah Terbalik. Unikkan nama rumah tu memang terbalik pun. Tapi bila singgah kat sana sayang sgt dengan harga yg agak mahal sekali masuk RM20 seorang mcm tak berbaloi untuk menyasikan rumah terbalik sahaja. Lepas tu habis lah. hehehehe. Tapi kalau korang nak rasa terbalik pergi lah tgk sendiri memang pening pala masuk hehehehe. Cuma kat dalam tak leh ambil gambar hanya kat luar sahaja dan anda di iringi oleh seorang pemandu arah. Bukan saja rumah terbalik ngan kete2 pun terbalik hehehe...


Tunggu untuk next entry ok sambungan hari ke tiga trip to KK. Bersama kawn2 memang seronok setakat ni lah hehehe... See u next entry...