Buffet Ramadhan Haram


Salam semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu moga dirahmati dan diberkati selalu Insyallah. Banyak2 bersyukur kerana syukur itu mampu menghapuskan dosa-dosa riak dalam diri. Tambahan kita yg bakal menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi. Lagi kena byk bersyukur dan bersabar. Tapi sebut sahaja pada Ramadhan dan mula semua sibuk promosi nak raya. Belum lagi puasa, apa tah lagi dengan promosi 'Buffet Ramadhan'.

Baru dengar dalam berita semalam menyatakan semua restoran tidak di benarkan menggunakan perkataan 'Buffet Ramadhan' atau 'Ditanggung Halal' atau mahupun 'Non Pork'. Kenyataan ini dikeluarkan Jakim kepada mana2 restoran atau pusat makanan yg tiada sijil halal sah daripada Jakim. Ini kerana status halal di ragui dan juga tidak sah di sisi syarak. Biarlah mereka meletakkan ayat suci Al Quran sekali pun dalam permis meraka ia tidak menjaminkan bahawa makanan di situ halal.

Kita sebagai pengguna Islam kena peka kepada perkara-perkara ini. Isu Buffet Ramadhan ini dah lama di ketengahkan. Tapi tiada penguatkuasaan yg padu daripada pihak berwajib. Sekarang dah menjadi trand pulak bila tiba bulan puasa mesti tukar kepada promosi Buffet Ramadhan walaupun kedai tu tak ada status halal daripada Jakim. So jng makan, tambahan lagi kalau dia tulis Non Pork tu tidak menunjukkan tempat itu halal.

Jakim memohon kerajasama semua org awam untuk memberi maklumat pada mana2 tempat atau permis yg masih menggunakan perkataan dan juga logo halal tidak sah. Kerana menjelang 1 Julai 2012 semua permis yg melanggar peraturan ini akan di denda dan juga di penjara. Jadi lepas ini kita tgk jer mana yg tak kena kita report pada Jakim. Gunakan kuasa kita sebagai pengguna Islam kerana mencari yg halal itu wajib bagi kita.

Buat laporan kepada Jakim di sini.