Article,

Alat2 Untuk Isteri Baru Belajar Memasak

Selasa, Jun 19, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga dalam keadaan sihat dan ceria selalu hendaknya. Hari2 berlalu pernuh dengan makna dan juga kebahagian bersama keluarga. Terutama kepada kuarga baru dan juga kepada pasangan yg baru saja mendirikan rumah tangga. Ada sesetengah isteri muda ini sibuk dengan kerjaya dan juga karier sendiri untuk membantu suami. Namun ada juga yg masih baru belajar untuk memasak. Di sini Mah@mahu senaraikan antara barang yg boleh digunakan di dapur untuk membantu memudahkan kerja isteri muda yg baru menceburi dunia masakan. Biasalah kata org tua2 nak menambat hati suami adalah bermula dari masakan baru suami tak cari lain kan hehehehehe.

Pemecah Telur

Ini adalah alat paling mudah membantu isteri yg baru2 nak pergi kedapur nak belajar masak telur. Ada jng gelak tapi ini akan membantu mereka agar tidak ada kulit telur bila makan nanti hehehe...

Pemotong Sayur

Ini pula untuk isteri2 muda yg berkerjaya kadang2 nak pegang pisau pun tak padai takut terpotong jari lak. Mudah jer dengan menggunakan alat ini sayur dapat dipotong lebih cantik dan kemas.

Pembuka Tin

Biasalah kalau dah sibuk dengan kerjaya kadang2 makan masakan dalam tin. Tapi nak buka tin susah so alat ini akan memudahkan kerja memasak anda di dapur.

Pembasuh Sayur

Alat ini paling simple tapi dapat mengurangkan beban pada kaum isteri bekerjaya ini agar kerja lebih cepat dan pantas maklumlah kena kejar masa.

Pengisar Jus Buah-buahan

Ini paling biasa kita tgk mcm2 jenis ada. Maklumlah isteri muda makan jus buah elok untuk awek muda agar suami sentiasa syg hehehehe..