Astro,

Masterchef Celebrity Malaysia Bakal Bermula

Isnin, Mei 14, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam apa khabar semua pembaca blog Mah@mahu. Dah lama tak buat entry berkaitan sebuah program reality masakan ini. Pada hujung tahun lepas dan awl tahun ini Malaysia di gegarkan dengan program realiti masakan pertamanya iaitu Masterchef Malaysia. Dimana doktor gigi telah di nobatkan sebagai juara buat pertama kalinya. Kini bakal muncul pula Masterchef Celebrity Malaysia pulak di kaca tv anda.

 

Mempertaruhkan kehebatan masakan bagi para celebrity tanah air negara, untuk merebut gelaran juara buat pertama kali dan juga menyumbang kepada badan kebajikan yg di wakili mereka. Itu yg bestnya kalau ada program reality melibatkan artis ni mesti ada sahaja subangan kepada pihak2 yang memerlukan. Tahniah buat Astro sekali lagi keran bakal munculnya sebuah program yg hebat dari luar negara ini ke negara kita. 

Membariskan 16 celebrity tanah air yg glamor dan cukup di segani. Di antara mereka adalah Penyanyi seperti Datuk Fazley Yaakob, Salamiah Hassan, Julizan Adzlizan, Siti Sarah dan Tomok. Manakala dari golongan pelakon dan pengacara seperti Serina Redzuawan, Jehan Miskin, Karl Shafek, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak, Azwan Ali dan Louisa Chong. Selainnya adalah dari profesional masing2 sperti Major Dr. Faiz, Raja Azmi, Soo Wincci dan Thanuja

Siapa bakal menjadi tukang masak celebrity terkenal tanah air ini. Nantikan bermula 26 Mei 2012 jam 9.00 mlm di Astro Ria. Semua telatah dan juga gelak tawa celebrity dalam menguji kepakaran dalam masakan mereka. Setiap minggu juga akan ada penyingkiran di antara mereka persaingan pasti hebat nantikan.