Berita,

Durian Runtuh Felda RM15000 Alhamdulillah

Selasa, Mei 08, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam kepada semua rakan dan pembaca blog Mah@mahu. Pasti hari ini ramai dah tgk berita dan dgr berkaitan durian runtuh yg diterima peneroka, isteri peneroka dan juga anak2 peneroka. Alhamdulillah itulah kata2 pertama yg terkeluar dari mulut Mah@mahu apabila dgr pengumuman tersebut dari mulut PM sendiri. Pasti ia adalah satu yg sagt2 berbaloi kepada semua peneroka dengan perit jerih untuk meastikan dapur sentiasa berasap dan anak2 sentiasa bersekolah.

Mencaritakan kesusahan dahulu pasti ramai org tak percaya bahawa hidup di Felda sngt2 susah pada tahun 90an. Mah@mahu tahulah sebab Mah@mahu juga anak peneroka Felda di gugusan Jengka. Ini adalah pengalaman Mah@mahu sendiri yg nak di kongsi dengan kawn2 dan pembaca lain. Mungkin setiap anak peneroka menjalani kisah hidup berbeza tapi bagi Mah@mahu dulu sungguh azab. Mah@mahu mula kenal erti susah sejak dari usia 10 tahun. 

Pada masa itu Mah@mahu di arah untuk membantu ayah dan ibu di ladang sawit. Dengan tidak rela maka Mah@mahu menguatkan juga semangat untuk membantu biasalah kanak2 nak seronok jerkan. Pada masa itu baru tahu susahnya nak cari sesuap nasi bagi peneroka. Mah@mahu paling sedih melihat keringat ibu yg sanggup membantu ayah untuk mencari duit di ladang. Balik dari ladang masak untuk kami semua sungguh sedih masa tu tapi kanak2 apa tahu seronok saja.

Kini setelah 28 tahun baru Mah@mahu dapat rasakan setiap pengorbanan itu ada hikmah di sebaliknya. Dengan pengumuman Dato Sri Najib hari ini membuatkan Mah@mahu sebak menitis air mata mendengar pengumuman itu. Gembira Mah@mahu kerana dengan durian runtuh itu dapatlah mak dan ayah pergi umrah tahun ini atau pergi haji Insyallah. Syukur kepada Allah kerana nikmat dan rezeki ini amin.