DiGi Wow Awards 2012 Kembali Lagi


Selamat sejahtera ke atas kamu kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan rakan2 sekalian. Menghampiri tahun kedua penganjuran anugerah untuk penggiat ICT dan Internet seluruh Malaysia. DiGi Wow Awards 2012 kini lebih matang dan lebih teruja. Dengan peningkatan dari segi penyertaan peserta serta juga jumlah anugerah tahun ini menjadikan ia anugerah paling unik tahun 2012.

Kategori-kategori yg dipertandingkan adalah :
  1. Astro Top Online Over-Achiever Under 15
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert
  3. Nuffnang Fave Kay Poh
  4. Lowyat.net Fave Tech Head
  5. Says.my Online Shop of the Year
  6. Nuffnang Blogger of The Year
  7. Google Most Inspiring Internet for Good Award
  8. Innity Funniest Video of The Year
  9. inMobi Mobile Short Film of The Year
  10. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year
  11. MSN Breakthrough Star Performer of The Year
  12. Yahoo! Social Media Gathering of The Year
  13. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year
  14. Samsung App of the Year Award
  15. DiGi WWWOW People's Choice of The Year Award (by popular vote)
  16. DiGi WWWOW Of The Year (The Best of The Best)
Pasti yg menjadi tumpuan terarah kepada anugerah Blogger of The Year setiap tahun menantikan siapa bakal menggondol anugerah tersebut. Tahun lepas telah di pegang oleh Anwar Hadi dan tahun ini siapa pula membawa gelaran itu. Sebenarnya bukan gelaran tapi tanggungjawab di berikan selepas memenangi anugerah tersebut untuk terus berkumunikasi dengan masyarakat dan menjadi public figure untuk golongan remaja.

Tahun ini akan lebih meriah dan lebih sengit persaingan daripada blogger, penggiat social networking, pengusaha dan pencipta applikasi mahupun pembuat cerita. Di sokong oleh lebih daripada 18 buah syarikat paling ternama di Malaysia membawa anugerah ini lebih di iktiraf. Nantikan 9 June 2012 penganugerahan khas kepada semau rakyat Malaysia yg terus menjadikan Internet sebagai sebahagian daripada hidup mereka.