Pets

Anak Terbiar Mencari Ibu

Ahad, Mei 06, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam hujung minggu pada semua pembaca dan penyokong blog Mah@mahu yg kini dah berwajah baru. Harap ada sebarang feadback dari rakan2 semua untuk image baru blog Mah@mahu ini. Hari ni Mah@mahu sebenar nak cari ibu penganti kepada sesuatu. Bukan ibu tiri ok tapi ibu baru kepada anak-anak kucing Mah@mahu yg dah terlalu byk sgt ni. Sebenarnya kisah kucing kat kg Mah@mahu ini dah lama sejak dari zaman sekolah lagi. Semuanya adalah kucing merempat dan dtg berteduh kat rumah tu dan maka kerana simpati dan suka kucing maka kami jaga.


Setelah bertahun-tahun makin bertambah dan makin byk sehingga tak terjaga. Bukan tak nak mandulkan tapi tak ada ongkosnya kerana kos nak mandul sekor mencecah RM200 maka tak ada budget. Maka di biarkan dan ini lah jadinya. Sehingga tak terjaga mencecah puluhan ekor. Yg terbaru ini lahir lagi 8 ekor anak kucing baru. Tapi tak tahu dari baka mana sebab dah bercampur aduk. Ni 8 ekor baru mencecah umur 1 bulan lebih semasa gambar2 ni di ambil.


Kepada pencinta haiwan dah juga yg baru nak menjinak2 dengan kucing ni minat nak ambil boleh hubungi terus Mah@mahu. Tak ada bayaran cuma ikhlas nak jaga kucing maka dengan besar hati nak beri pada yg sudi. Bukan tak syg tapi dah byk tak terjaga lak nanti lagi susah mana tahu ada yg naj jaga lak kan anak2 mereka ini. Anak2 kucing ni tak susah jaga sebab dah di ajar dari kecil kencing kat pasir dan duduk dlm sangkar. So mungkin senang nak jaga dan makan tak cerewet makan ikan rebus dan nasi kalau nak comel kena bagi makan freskis ehehehehe.. Sapa nak leh hubungi Mah@mahu ok..