Malaysia,

1Malaysia Pad Laku Ker?

Jumaat, Mei 25, 2012 Mahamahu 0 Comments


Salam semua pambaca blog Mah@mahu dan juga kepada rakan2 sekalian. Moga sihat dan sentiasa gembira bersama insan tersayang. Dunia teknologi serba canggih dan serba pantas ini membuat kita sentiasa bersaing antara satu sam lain. Siapa paling cepat dan paling canggih akan mendahului dan begitulah sebaliknya. Pasti setiap perkembangan adalah kebaikan kepada semua pengguna.

Begitulah yg cuba diberikan oleh MALTECH Pro Sdn Bhd dengan mengaluarkan tablet pertama Malaysia yang di beri nama 1Malaysia Pad. Huhuh nama pun dah pelik, dengan permulaan harga RM999 dijangka akan menarik minat remaja yg menggilai tablet sekrang untuk membeli. Di lengkapi 1Malaysia Club dan 1Malaysia Mesengger (1MM) ia adalah applikasi percuma untuk remaja berhubung antara mereka melalui sms, video dan juga audio.

Wahh ni dah kira canggih nak lawan iPad dan juga Samsung ni hehehehe.. Memang baik lah dengan adanya tablet keluaran negara ni akan mengurangkan persaingan antara tablet sedia ada. Lepas ni mungkin lebih murah kot sebab harga masih pada tahap tidak berpatutan. Sebagai sebuah tablet yg baru dan juga pengusaha baru walaupun menggunakan Android ia masih baru dan byk lagi perlu penambahbaikan. Mungkin harga boleh dirunding lagi, kalau nak dpt perlu order di web www.maltechpro.com.

Teringin gak Mah@mahu nak beli tablet tahun ni tunggu jelah nanti mcm mana. Ada rezeki Insyallah dalam masa terdekat harap2 dapt sumbangan dari kawn2 hehehehe. Apa pun tahniah Malaysia melangkah setapak lagi dalam dunia teknologi ingin bersaing bersama pengeluar yg ada. Kita rakyat Malaysia mungkin leh support product tempatan sapa lagi nak beli kan. Hidup 1 Malaysia.