Fakta,

Petua Tradisional Batuk dan Selsema

Selasa, April 03, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu hari in. Moga terus sihat dan dihandari dari sebarang penyakit Insyallah. Itu lah hari ini tiba2 nak bagi petua org tua2 dulu yg Mah@mahu sendiri pernah amalkan. Memang berkesanlah untuk mengurangkan dan menghilangkan sakit yg di alami. Itu sebab org tua kita dulu boleh hidup lama dan tidak perlu makan ubat2 moden ni kerana kadang2 ubat2 moden ni ada kesan sampingan lain kalu di amalkan selalu.


Ayah Mah@mahu selalu suruh Mah@mahu amalkan petua ini jika di serang selsema. Kadang2 Mah@mahu blk kg dan akan diserang selsema yg berpanjangan jadi petua dari mereka iaitu ambil daun limau purut, koyak-koyakkan sedikit agar keluar bau daun yg kuat itu. Lepas tu kita sedut baunya berulang-ulang sehingga tiada bau lagi. Kemudian amalkan sehingga selsema itu kurang memang manjadi sgt Mah@mahu amalkan. Dapat mengurangkan selsema tanpa perlu belanja yg mahal dan cepat. 


Kemudian mak Mah@mahu ada petua yg beliau selalu amalkan jika di serang batuk. Petuanya ambil beberapa helai daun sirih di lipat kecil dan dikunyah tanpa kapur atapun pinang. Kunyah sirih tu kosong2 mcm tu dan telan. Lakukan setiap mlm sebelum tidor Insyallah memang mujarab. Mah@mahu amalkan semalam jer dah kurang batuk tu tapi agak pahit sikit lah daun sirih tu nak telan hehehehe.. Kerana air daun sirih tu yg pahit adalah ubat untuk sakit.

Memang betul kata org tua2 ni kadang2 kita tak perasan bahawa semua bahan semulajadi sekeliling kita boleh ubat penyakit kan. Cuma kita kena amalkan selalu dan mcm tu gak makan ubat kena makan selalu baru penyakit hilangkan. Tapi ubat moden ni bahaya ada kesan sampingan ubat tradisional tak ada. Lagi pun ubat tradisional murah dan boleh di dapatkan dimana2 sahaja. Selamat mencuba ok.



0 Pandangan: