Hadiah,

GLAM Lelaki & Rasa, Terima Kasih

Selasa, April 24, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum, kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Moga sihat selalu hendaknya dan gembira bersama insan tersayang. Hari ni nak kongsi beberapa hadiah yg telah Mah@mahu menang dalam beberapa contest yg telah di sertai baru2 ni. Terima kasih di ucapkan kepada majalah GLAM Lelaki atas hadiah product Nugeno yg di beri. Hadiah ini sebenarnya adalah hasil daripada servay yg dilakukan oleh majalah tersebut kepada pembaca setia majalah GLAM Lelaki. Mah@mahu salah seorang pembaca majalah tersebut dan telah menjawab servay mereka maka dptlah hadiah tersebut. Terima kasih bnyk2.

Mah@mahu ni pun sebenarnya suka menjawab contest kat dalam majalah ni. Tak sangka sgt menyertai satu contest kat Majalah Rasa keluaran Karangkraf telah membawa Mah@mahu menang. Pertandingan anjuran product tisu iaitu Scott telah memilih Mah@mahu antara pemenang yg memerlukan menjawab beberapa soalan dan juga membuat slogan. Terima kasih kepada majalah Rasa dan juga tisu Scott yg byk ni tak habis lah guna hehehhee...

Kawan2 kalau ada masa rajin sertai contest mana tahu rezeki tak di duga heheheh.. Terima kasih pada semua.