Berita,

Baucar Buku 1 Malaysia Berfaedah

Jumaat, Februari 17, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia salam sejahtera kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan gembira selalu. Hari ni Jumaat penuh mulia dan penuh keberkatan begitulah hendaknya dan moga kita sentiasa di lindungiNya ok. Kawn Mah@mahu ada mendapat baucar buku 1 Malaysia baru2 ni. Seronok kan zaman sekrang semua dpt. Zaman Mah@mahu study dulu tak ada apa2 pun. 


Tu lah patut org sekrang bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Ilahi. Bukan sikit lak tu baucar nyer RM200 tu memang bebaloi2 membeli belah. Ini sebenarnya satu cara yg bagus untuk menggalakkan industri penerbitan buku tempatan lebih berkembang. Sebelum ini remaja kita lebih bersungguh bila nak beli baju, kasut dan juga keperluan asas baru, Tapi bab beli buku ni bukan main malasnya dan kalau boleh nak photostat jer senang murah dan jimat.

Tapi setelah kerajaan memberi dibawah peruntukan RMK10 ini dapat menggalakkan perkembangan dan juga penulisan buku tempatan. Selain itu gak, dapat menggalakkan remaja2 sekrang ini membaca. Yer lah walaupun mereka tidak membeli buku ilmiah tapi mereka juga masih membeli buku2 yg berguna boleh dibaca di masa lapang. Untung student sekrang ni patut berterima kasih kepada kerajaan sekrang kan.

Bagi yg jenis tak hargai pemberian org tu susahlah. Ada ker dijualnya baucar buku tu pada org lain. Tak hargai dan bersyukur langsung. Cara mudah nak dpt duit lah tu budak2 sekrang ni. Tapi Mah@mahu tetap seronok dengan perkembangan yg baik ini untuk kita gak yg dapat sapa kita juga kan. Ok lah selamat berblog kepada semua rakan2 Mah@mahu bye...