Movie,

Tiket Wayang Percuma Khas Untuk Pelanggan Maxis

Jumaat, Januari 27, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam 1Malaysia dan salam sejahtera kepada semua pengiat blogger di Malaysia dan pembaca blog tegar. Dah lama tak update dan tak buat entry menarik mcm ni. Hari ni nak bagi tahu pada semua pembaca mcm mana nak dptkan tiket percuma. Hanya untuk pelanggan Maxis sahaja. Bukan lah percuma semua tapi kalau beli 1 percuma 1, percuma gak kan.

Maxis dengan pelancaran Mylaunchpad Movie beliau memberi kemudahan kepada pengguna Android, atau pun iPhone mahupun Tablet untuk membeli tiket movie dengan mudah dan dapt free lagi 1 tiket. Kalau yg tak ada kemudahan tersebut boleh terus layari laman sesawang seperti berikut untuk mendapat tiket percuma http://movies.mylaunchpad.com.my/MovieDay. Khas terbuka hanya kepada pengguna Maxis seluruh Malaysia.

Mudah sahaja layari laman tersebut dan buat pilihan movie yg mahu ditonton. Lepas tu pilihlah panggung yg berdekatan dengan anda dan pilih tarikh yg anda mahukan seperti contoh dibawah.


Lepas tu buat pengesahan no telephone Maxis sahaja bersama email untuk penghantaran no booking anda nanti.

Yg lagi best kat sini anda sendiri boleh memilih tempat duduk yg anda mahukan huhuh. Ni tertakluk kepada kekosongan di dalam panggung tersebut. Harga berbeza mengikut jenis panggung kalau 3D lain harga kalau Max 3D pun lain harga ok. Setelah memilih jumlah tiket yg mahu di beli dan juga seat anda, nanti akan dipaparkan jumlah harga yg anda perlu byar untuk semua tempahan tersebut.


Beli 1 percuma 1, so dah jimat kat situkan. Selepas itu baru lah membuat pembayaran menggunakan PayPal atau pun Card Credit senang cerita huhuhuhu. Adalah cas RM1.00 untuk setiap pembelian dan juga cas dari Maxis RM0.50 saja. Berbaloi lah kita membeli kan dpt percuma 1 tiket lagi jimat. Nanti selesai membuat pembayaran akan ada email dan sms pengesahan pembayaran dan juga no booking anda. 


So mudahkan tak byk keje, dapat free lagi 1 tiket. Kawan2 leh membeli di sini dan selamat menonton kepada semua ok. Mah@mahu dah beli untuk cerita Journey 2 jumpa kat sana bye.