Berita,

Memperdagang Masa Depan Di Lembah Kehinaan

Khamis, Januari 05, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam tahun baru untuk semua pembaca blog Mah@mahu. Semoga hari2 yg dilalui penuh makna dan hari2 akan mendatang di harungi dengan ketabahan. Wah nasihat untuk diri sendiri gak sebab tahun baru ini lebih mencabar buat Mah@mahu dalam semua perkara kerjaya, hidup dan masa depan.

Masa study dulu terasa semuanya senang jer kan. Tak perlu nak fikir pasal nak cari duit lah nak fikir pasal keje lah semuanya mudah. Mana tak nya semua di sponsor dari atas hingga bawah. Duit mengalir bagai air pun tak terasa kerana bukan kita cari duit itu duit dtg bergolek. Belajar bagai nak tak nak jer hehehehe. 

Mungkin itulah yg tengah difikirkan oleh student2 sekrang ni. Belajar pun bukan perkara penting ada lagi penting. Ye lah kalau tak knp nak joint perhimpunan haram kerana perkara yg memang tak mendatang keuntungan. Mungkin tiba masa student kita kena buka mata di beri kesusahan agar mereka tahu nak belajar bersungguh-sungguh. Bukan sibuk nak sertai perhimpunan yg nak menegakkan org yg tidak pernah membantu anda pun dalam pelajaran. Nak kata dia taja pelajaran anda tidak sah2 PTPTN tak pun MARA tak pun JPA.

Sudah2 lah tu ingat kita menuntut kat universiti bukan nak cari glamor atau nak kejar nama. Kita nak pastikan masa depan terjamin dan mebantu family kita. Kalau korang dari golongan kaya tak tahulah. Terpulanglah kepada anda remaja2 kita jng rosak masa depan anda untuk dia yg tiada masa depan. 

Selamat belajar kepada semua siswa dan siswi kita moga menara gading menjadi puncak kejayaan anda. Selamat menghadapi peperiksaan.