Sukan

Tahniah Harimau Muda Indonesia Menangis Lagi

Selasa, November 22, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahteran dan salam 2 Malaysia kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga kepada rakan2 blogger lain. Hari ini penuh cerita pasal kemenangan kita pada pelawanan akhir bola sepak Sukan SEA yg di adakan di Pelembang Indonesia. Semua akhbar utama negara terus menceritakan detik gembira dan juga bangga menjadi rakyat Malaysia setelah memenangi pingat emas utama dalam sukan tersebut.

Walaupun Indonesia rasmi sebagai juara keseluruhan acara sukan tersebut namun Malaysia tetap bangga membawa pulang kejuaraan berturut2 bagi bola sepak di Sukan SEA setelah menewaskan tuan rumah 4-3 melalui sepakan penalti. Melihat kepada kehebatan pemain memang nampak mereka bersungguh-sungguh untuk menang walaupun diasak oleh lebih 100ribu penonton berbaju merah. Itu tidak sedikit menggugat kekuatan pertahanan negara yg telah mengheret perlawanan ke masa tambahan 120minit.

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda bola sepak Malaysia anda membuat kami rasa bangga dan menutup segala tomahan daripada tuan rumah. Walau apa cara mereka hendak menghalang kegagahan pemain kita tetap kita tempuhi dengan kuat. Harimau Malaya membaham Garuda itu paling sombolik ke atas kemenang kita semalam.

Ingat hari ini dapat cuti tapi PM tak umum apa2 pun huhuhuhuh. Tahniah kepada semua pemain terutama penjaga gol Khairul Fahmi walaupun dilanda berbagai gosip beliau tetap main dengan semangat. Tahniah kepada ketua pasukan dan juru latih yg terus menonjolkan kemahiran bermain serta kepada pemain lain anda adalah wira sukan negara.