Fakta,

Nuffnang Pilihan Kakitangan Kerajaan

Isnin, November 21, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua rakan2 pembaca blog Mah@mahu. Hujung tahun menghampiri kita dan bakan meninggalkan beribu kenangan di tahun 2011 ini. Namun bakal tiba kini musim hujan dan bah kepada mereka yg tinggal di kawasan rendah dan mudah banjir berjaga-jaga dan berhati2 agar semua barang berharga di jaga.

Hujung tahun ini juga lah di mana musim tido lewat bermula, terutama kepada adik2 kita yg tgh menghadapi SPM tahun ini. Pada masa ini lah segala ilmu dipelajari dicungkil dan diperah untuk mendapat jawapan yg terbaik bagi mendapatkan result terbaik. Mah@mahu mendoakan kepada adik2 yg menduduki SPM moga dapat menjawab dengan jayanya dan cemerlang aminnnn....

Dalam masa hujung tahun ni gak lah berbagai perbelanjaan perlu dihabiskan oleh semua agensi kerajaan dalam mendapat bajet untuk tahun depan. Jadi mcm2 lah aktiviti dibuat training ker, sukan ker dan mcm2 lagi lah. Hujung tahun ini juga lah segala result dan juga keputusan tahunan akan dinilai oleh pegawai penilai dalam mengambil keputusan kepada prestasi semua anak2 buahnya.

Begitu juga kerajaan telah mengeluarkan antara laman web yg paling tinggi di layari oleh kakitangan awam terutama di Putrajaya. Top 5 pastinya laman social utama Facebook tu biasalah. Tapi yg agak mengejutkan apabila nuffnang.com.my tersenarai di kedudukan yg ke 5 selepas Facebook dan Youtube.

Ini Statistik yg dikeluarkan di Putrajaya bahawa Nuffnang antara laman sesawang paling kerap dikunjungi oleh kakitangan kerajaan. Tak tahulah adakah mereka menjadi ahli Nuffnang atau hanya mengklik iklan di Nuffnang atau ini petanda bahawa kakitangan awam adalah antara penulis blog di Malaysia. Patut nuffnang kaya hehehe.. knp tak clik kat blog Mah@mahu ni cepat kaya sikit hehehe.. Selamat berblog....