Berita,

Hentian Bas Aricond Tapi Tak Ada Orang

Khamis, November 24, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu. Hari minggu yg penuh dengan cerita dan berita. Memenuhi ruang blog rakan2 anda. Begitu juga lah blog Mah@mahu ini tidak lepas daripada berita dan cerita daripada luar dan dalam negara.

Hari tu ada baca dalam akhbar tempatan tentang kejayaan sebuah syarikat swasta membina sebuah hentian bas berhawa dingin sepenuhnya yg peratma di Malaysia. Siap terima anugerah lagi dalam akhbar tu katalah. Bagus niat untuk membantu pengguna perkhidmatan awam ini agar lebih selesa dan lebih mudah. Sungguh cantik kalau tgk hentian bas tersebut katanya boleh memuatkan sampai 40 org dan aircond dipasang dari pukul 9 pagi hingga 7 mlm. Kos penyelenggaraannya di  katakan mencecah RM1000 sebulan.

Tapi sayang mungkin tak kena pada tempat kot. Hentian bas ini tidak ada langsung org duduk walaupun pada waktu siang. Mungkin sebab tak ada bas lalu kat laluan Bukit Jalil Puchong tersebut. Hentian tu tak jauh jer dari rumah Mah@mahu so selalu lalu dan pergi tgk sendiri Hentian bas tersebut. Mungkin kerana tiada penghuni di kawan tersekat situ yg menggunakan khidmat bas semua guna kenderaan sendiri.

Tapi pasti kawasan hentian bas tersebut adalah kawasan baru yg dekat dengan kawasan kedai Zest Point serta di belakang nya ada sebuah kondominium mewah tersergam indah. Tapi ada ker org kondo naik bas heheheh sah2 pakai kereta sendirikan. Tapi apa pun tahniah niat murni itu dan boleh dikembangkan ke hentian bas lain lak agar semua hentian ada aircond. Lepas ni duduk kat Malaysia mcm duduk kat kutub utara lak sejuk jer hehehehhe.. Selamat berblog..