Hadiah,

AIM 18 Penuh Gilang Gemilang

Isnin, November 14, 2011 Mahamahu 0 Comments

Selamat pagi dan dalam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 blogger yg lain. Almaklumlah hari minggu hari bersantai dan juga bersuka ria bersama ahli keluarga dan juga rakan2 taulan yg lain. Masa mengeratkan hubungan dan juga mengukuhkan tali persaudaraan. Bertambah seronok bila dpt jemputan untuk sebuah majlis anugerah berprestij di negara kita.

Mana lagi kalau bukan Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) yg bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Terima kasih kepada Astro kerana sudi bagi tiket VIP kepada pelanggan setia beliau. Dapat tiket duduk bawah sebaris dengan artis2 huhuhuh seronok lak rasanya. Dapat tiket 4 tapi yg pergi 3 org saja kawan2 lain semua sibuk. Tak apa lah tapi yg penting kita enjoy mlm tu.

Anugerah ini keseronokannya pada pengacara majlis pada malam itu. Kalau anugerah berprestij peringkat antarabangsa 'kata pengacaranya' tapi pengacara tak best mcm tunggul kayu nak buat apa gak kan huhuhuhu. Tapi AIM mlm tu memang seronok dan happening dengan pengacara sempoi iaitu Zizan dan Dato AC Mizal. Lagi best persebahan artis dan susunan persembahan yg sungguh seronok lah bila kita tonton. Tak jemu2 untuk menunggu anugerah itu sehingga penghujungnya. Di selangi dengan lawak jenaka dari pengacara dan juga gaya persembahan artis bertenaga dalam stadium tu jadi gamatlah. Paling best part artis2 otai buat show Ezad Exist, Rahmat, EXL dan Zamani seluruh stadium turut sama menyanyi mcm karaoke hehehehe...

Tapi keseluruhan majlis memang tip top lah dan sungguh seronok berada dalam dewan tersebut pada malam itu. Baca guna kad pun ok daripada guna iPad tapi semua bermasalah mcm mana opsssss.. Ramai gak yg kata tonton dalam TV kurang memuaskan, Astro mcm mana ni. Terima kasih Astro nanti bagi tiket lagi ok hehehe..

Senarai penuh pemenang AIM 18

ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
ANUGERAH KEMBARA – Yuna
ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)
ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)