Masterchef

Masterchef Malaysia VS Masterchef Blogger

Isnin, Oktober 03, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam selamat pagi Isnin yg blue hehehehhe.. Biasalah hari Isnin agak2 sedikit suam2 nak mulakan tugas tapi Alhamdulillah hari ni ada sarapan pagi disediakan oleh seorang dermawan kat sini terima kasih byk2 dpt gak mengisi perut hehehehe....
Bakal Masterchef Malaysia 2012 Insyallah..
Back to the topic pagi ni iaitu berkaitan dengan Blogger Masterchef Malaysia Pertama yg telah berlangsung pada hari sabtu lepas. Thansk to Nuffnang kerana memberi peluang hebat merasai  bagai mana menjadi Masterchef. Memang meriah sgt2 dan Mah@mahu adalah antara peserta nya pada hari tu dan ada semua 20 org peserta yg bertanding pada hari tu. Tapi hanya 5 shaja yg terpilih yg hebat2  belaka, Mah@mahu ni tak lah hebat cuma mencuba nasib jer.

Tahniah kepada 5 yg terpilih ke peringkat final nanti. Tapi keadaan pada hari tu memang meriahlah dengan gelagat blogger2 yg tidak profesional nak memasak ni di hadapan juri2 profesional huhuhuhu. Ada dua cabaran pada hari tu iaitu invention test dan juga skill test. Memang mencabar sgt2 di mana pada masa invention test tu di beri kotak misteri ada bahan2 untuk digunakan bagi memasak pada hari itu. Memang mencabar juga kemahiran berfikir nak buat hidangan yg kreatif serta inovatif kepada juri2.


Alhamdulillah dpat selesaikan dua2 cabaran cuma kata org rezeki tidak menyebelahi Mah@mahu hari tu. Tak apa tahniah sekali lagi kepada rakan2 blogger yg berjaya ke peringkat seterusnya nanti. Mah@mahu doakan moga success dan berjaya di akhir nanti ok. Kalau korang nak layan2 pic sepanjang aktiviti tu kat sini ada sedikit hidangan untuk anda ok selamat berblog...

Masa invention test dalam bilik memasak 45minit mendebarkan
Antara hasil masakan daripada blogger Masterchef memang kreatif
Ni masa sesi pengajaran untuk cabaran skill test masak telur
Akhir sekali gambar bersama semua peserta 20 memang hebat2 belaka

P/s * Jng lupa saksikan Masterchef Malaysia bermula 22/10/2011 ini hanya di Astro Ria.