Fakta

Klinik 1 Malaysia kemudian Kedai 1 Malaysia kini Restoran 1 Malaysia lak

Rabu, Oktober 19, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia kepada semua kepada pembaca rakyat Malaysia dan juga kepada pembaca blog Mah@mahu. Untungkan kita duduk di sebuah negara yg maju dan kaya raya seperti ini. Dengan barisan pemimpin yg dedikasi serta juga ekonomi yg stabil. Sebelum ni kita selalu dgr org menyebut Salam 1 Malaysia dekat semua siaran tv akan menyebutnya.


Lepas itu program 1 Malaysia di rialetikan dengan adanya klinik 1 Malaysia. Dengan RM1 sahaj seluruh rakyat Malaysia boleh mendapatkan rawatan di klinik 1 Malaysia. Golongan sasaran adalah rakyat yg berpendapatan rendah dan golongan miskin. Sungguh bermaknakan kita duduk di negara yg 1 ni dpt harga murah jer.


Tak cukup dengan itu lak kita di berikan lagi dengan kemudahan dan kemurahan harga barang apabila di tubuhkan pula Kedai 1 Malaysia. Kedai dimana menjual product yg berkualiti dgn harga paling rendah. Kalah kedai2 atau pasaraya besar yg ada di negara kita. Sebelum ini kita kecoh dengan adanya Mydin harga murah, lepas tu pasarraya lain semua turun menawar diskaun tapi tetap tak murah gak. Namun kedai 1 Malaysi ini memang membantu rakyat yg kurang mampu ini.


Kini ada pulak Restoran 1 Malaysia kat tgh2 kotaraya Kuala Lumpur. Untung rakyat Malaysia kini leh makan untuk satu hari tak lebih dari RM6. Dari sarapan pagi hingga makan tghari semua ada murah dan berpatutan. Bila Mah@mahu nak pergi terjah restoran 1 Malaysia ni lak nak tgk hidangan yg ada kat sana ok ker hehehe.. Mana tahu nanti satu hari leh buat restoran sendiri lak Insyallah. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan sentiasa menjag keamanan yg kita kecapi ini agar kekal selama-lamnya.