Masterchef

Kisah Mastechef

Jumaat, Oktober 07, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua rakan2 blogger dan juga pembaca setia Mah@mahu. Sekrang ni masih terasa bahang kehangatan Masterchef Malaysia yg bakal melanda negara kita bulan Oktober ini. Bermula daripada 22 Oktober 2011 setiap hari Sabtu hingga Rabu dan dpt disaksikan di Astro Ria bakal menjadi satu fenomena kepada negara kita. Tapi tahukah kita sejarah kewujudan Masterchef ini. Kat sini kita rungkai sedikit kisah asal usul Masterchef yg telah berusia lebih 20 tahun ini.


Percaya atau tidak Masterchef ini telah bermula sejak tahun 1990 lagi dan ia mula ditayangkan di BBC stesyen. Sehinggalah tahun 2001 ia telah di berhentikan tayangan dan kemudian dimulakan semula pada tahun 2008 di UK dengan nama "MasterChef Goes Large". Hingga kini program ini lebih dikenali sebagai Masterchef dan telah di adakan di hampir lebih 25 buah negara seluruh dunia. 


Rancangan masakan ini juga mempunya beberapa kategori khas untuk golongan2 yg tertentu seperti Masterchef untuk umum meraka yg bukan profesional dalam masakan, di ikuti pula dengan Junior Masterchef yg dibuka khas kepada kanak2, kemudian Celebrity MasterChef khas untuk salebriti dan akhir khas untuk profesional dalam dunia masakan seperti chef2 iaitu MasterChef: The Professionals.


Tahukan anda setakat ini hanya dua buah negara sahaja yg telah menganjurkan kategori Celebrity MasterChef iaitu United Kingdom negara asala Masterchef dan juga Australia. Di Singapura terdapat sebuah restoran yg diberi nama Mastef Chef namun percaya atau tidak bahawa Singapura sebuah negara yg masih belum menganjurkan program Masterchef ini. Namun pasti kita tetunggu-tunggu program yg hebat ini akan menggegarkan negara kita pula dan bakal lahir seorang yg di namakan Masterchef Malaysia.