Aduan,

Gelatin Babi Lagi Betul Ker??

Isnin, Oktober 31, 2011 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pambaca blog Ma@mahu yg setia. Hari ni hari Isnin adalah hari paling malas sekali di pejabat tak nafikan hehehe. Ditambah lak baru balik dari cuti yg panjang satu hal lagi. Bertambah2 malas lah segala urusan ni. Tapi hari ni tetap ke pejabat menyelesaikan apa yg belum selesai.

Hari ni tekejut bila on FB pagi2 lagi dah cite pasal Gelatin Babi dalam makanan yg kita tak perasan. Tapi kali ni telah di beri amaran kat pek tu dengan tanda merah. Menurut rakan2 dalam Fb tu bahawa terdapat terdapat tanda merah bulat dalam kotak pada belakang label makanan yg menangdungi galetin babi ini. Terutama product coklat seperti Bounty Chocolate bar / Mars/ Sneakers dan lain2 yg selalu kita leh dpt dipasaran tempatan.


Sebenarnya tanda ini di letak untuk memberi tahu kepada pemakan sayur bahawa makanan ini ada mengandungi galetin babi. So kepada pemakan sayur dapat lah hindarinya dan juga berguna kepada kita bahawa makanan mcm ni tak selamat untuk kita makan. So berhati-hati lah apabila hendak membeli makanan sekarang bukan setakat kat kedai makan jer tak selamat, makanan siap bungkus pun lagi teruk sebenarnya semua tersembunyi.