Maggi

Kemuncak Rumah Terbuka Maggi 2011 | Part 2

Rabu, September 28, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pembaca blog Mah@mahu.com. Hari tu dah puas tgk gambar2 sepanjang persediaan majlis kemuncak Rumah Terbuka Maggi. Gambar tgh memasak dengan berbagai ragam dan juga aksi huhuhu , penat tu memang penat tapi berbaloi-baloi. Kali ni lak nak cite Majlis di dalam dewan Saloma Bistro lak acara lebih formal. Semua yg dtang hari tu cantik dan begaya dengan baju raya almaklumlah masih mood raya hehehehe, tak ketinggalan gak Mah@mahu dan juga keluarga.

Pintu masuk Saloma Bistro di hias cantik
Mah@mahu bersama mak dan adik dengan hidangan istimewa kami
Acara belah tghari tu lebih santi dan relax setalah penat memasak daripada lagi. Dewan penuh dengan tetamu VIP dan juga VVIP iaitu anak2 yatim yg dirai. Termasuk rumah anak yatim pilihan Mah@mahu iaitu Rumah Anak Yatim Sentuhan Budi Kg Batu Kuala Lumpur. Mah@mahu pilih rumah tu kerana nak membantu anak2 yatim yg ada kat situ dan berkongsi kegembiraan berhari raya bersama-sama. 

Antara anak2 yatim yg hadir
Tetamu jemputan Maggi
Persembahan nasyid daripada anak2 yatim
Dimulakan dengan acara Food Presentation daripada semua 5 peserta dah mcm pertandingan memasak antarabangsa lak rasanya hehehehe. Dalam dewan tu gamat bukan sahaja dengan acara malah aksi anak2 yatim yg memang seronok sgt dapat berkumpul dalam majlis meriah mcm ni. Ada juga persembahan daripada anak2 yatim mereka juga berbakat yer. Ada juga pertandingan seperti memakai sampaing dan juga mengayam ketupat memang best.
Majlis perasmian bertemakan cahaya aidilfitri
Pertandingan memakai samping memang meriah
Keputusan diumumkan dan terima kasih pada Maggi
Setalah penat bertungkus lumus untuk menyediakan sajian istimewa tersebut berita gembira menyusuri team Mah@mahu apabila diumumkan sebagai pemenang utama pada hari itu. Tak sangka sgt2 dan gembira tak terkira diumum pemenang tapi yg paling gembira dapat menyumbang kepada rumah anak yatim pilihan Mah@mahu sendiri. Memang bersyukur sgt2 dpt membantu mereka sambil menunjuk bakat  memasak yg ada dalam diri ini rupanya hehehehe...
Rezeki adik2 ni dari rumah Sentuhan Budi
Terima kasih Mah@mahu nak ucapkan kepada semua team Mah@mahu kerana telah membantu untuk menyiapkan juadah tersebut terutama family Mak & Ayah serta adik dan abg yg juga memberi sokongan kepada Mah@mahu. Kepada kawn2 yg juga menyumbang tenaga pada hari itu memang2 amat Mah@mahu hargai. Kepada adik2 Rumah Anak Yatim Sentuhan Budi ini sahaja yg dapat disumbangkan kepada anda semua harap sedikit sebanyak dapat membantu adik2 semua. Insyallah lain kali akan sertai lagi program amal memang seronok kawn2 blogger lain pun joint lah kalau ada program2 amal ok, sama2 kita membantu mereka yg memerlukan.. Selamat berblog..

Posse bersama team Mah@mahu yg telah menang yahooo...