Maggi

Kemuncak Rumah Terbuka Maggi 2011 | Part 1

Isnin, September 26, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam 1 Malaysia dan Salam Merdeka Raya. Masih terasa bahang raya dan juga merdeka walaupun pada hujung2 syawal ni kan. Masih ada lagi yg buat rumah terbuka dan masih lagi menjamu selera rumah terbuka sedara dan juga rakan taulan. Tak lupa juga sebuah syarikat permakanan yg terkemuka di negara kita juga menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Maggi yg telah berlangsung pada 24 September 2011 bertempat di Restoran Saloma Bistro. Ini sebenarnya majlis kemuncak kepada pertandingan dan juga program amal Maggi bersama anak2 yatim yg telah Mah@mahu sertai sebelum bulan puasa lagi. 


Saat yg ditunggu telah tiba dan juga debaran sgt2 lah terasa pada masa tu. Apa taknya persaingan antara 5 keluarga dalam pertandingan ini sampai kepada kemuncak dimana Mah@mahu dan juga keluarga akan memasak masakan istimewa kami dan dihidangkan kepada anak2 yatim serta hampir 1ribu tetamu yg hadir pada hari tersebut. Seawal pukul 7 pagi lagi Mah@mahu sekeluarga telah sampai ke sana untuk menyediakan hidangan istimewa kami iaitu Daging Masak Dendeng Bonda

Khemah2 peserta untuk memasak
Taklimat khas sebelum memasak drpd Chef Muluk
Tgh siap sedia dengan pakaian dan topi Junior Chef hehehe
Acara memasak bermula tgh menyediakan bahan
Sempat lagi pose untuk peminat hehehehe..
Sangat meriahlah gelagat semua peserta termasuk juga kami sekeluarga bertungkus lumus untuk menyediakan sajian tersebut. Nasib baiklah Mah@mahu dibantu oleh pembantu2 chef separa pakar ini dapat juga meringankan beban. Terima kasih kepada Aizoul dan juga Cimocimo kerana sudi membantu Mah@mahu dan keluarga dalam program ini. Sebenarnya program mcm ini bukan sahaja dpt beramal tapi juga dpt mengeratkan hubungan kami sekeluarga kerana kerjasama yg ditunjukkan sangat2 hebat.

Jng serius sgt Aizoul dan Cimo2 tepi tu mak dan adik pempuan
Time nak blend bahan nak ditumis byk nyer..
Masa potong daging..
Rasa penat masih terasa tetapi keseronokan serta kepuasan jelas tepancar di wajah semua peserta dan juga team Mah@mahu pada hari tu. Ni belum habis lagi ada part 2 menanti anda jadi jng lupa tunggu kemunculan kemuncak terakhir kepada program ini ada lagi gempak ok. Jumpa lagi salam....

Dah siap masakan Daging Masak Dengdeng Bonda
Ok tak hiasan mcm Master Chef kan hehehe..