Makanan

Asam Pedas Muar Citarasa Tempatan

Selasa, September 27, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam semoga semua pembaca Mah@mahu.com ceria dan gembira selalu hendaknya aminnn.. Hari ni nak post satu lagi tempat makan yg special dan juga memenuhi selera org tempatan. Masakan tradisional kita yg mesti kita banggakan betul tak. Tapi kali ini kita tak perlu pergi jauh semata2 untuk merasai sendiri masakan daripada negeri lain semua ada kat kl ni. Termasuklah masakan asam pedas yg glamor di Muar. Boleh didapati di kota Kuala Lumpur ini iaitu di Mutiara Damansara


Senang jer nak cari kalau dah jumpa e@Curve Damansara tu ada lorong belakang selepas simpang e@Curve kalau nak lebih detail search kat google ok. Nama kedai MIMPI MUOR sungguh unik kan mungkin pemilik kedai dpt mimpi kot untuk bukak kedai ni sebab tu sedap hehehe...


 
 
Di sini disediakan lebih dari 10 jenis ikan masak asam pedas. Ada ikan merah, ikan pari, ikan jenahak, ikan seluang dan mcm2 lagi lah. Selain itu juga ada masakan lain seperti ayam masak rempah, ulam2 dan juga minuman yg sedap2. Harga cukup berpatutan dan juga mampu untuk mereka yg gemar kepada masakan asam pedas ini. Kalau nak pergi di galakkan dtg awal kerana selalu makanan cepat habis kat sini terutama masa makan tghari. Selamat mencuba...