Shooting Rumah Terbuka Maggi | Part 3

Alahai lama tak update pasal entry ni tak habis lagi sebab makin berdebar2 rasa hari yg di nanti akan tiba tak lama lagi. Wahhh mcm pengantin lak nak kahwin kan hehehehe.. Tapi Mah@mahu bukan nak tunggu saat di sandingkan tapi Mah@mahu nak tunggu tayangan shooting Maggi Rumah Terbuka ni. Pada Semua kwn2 jng lupa saksikan Mah@mahu di TV3 pada 19 - 27 August ini jam 6.30-7.00ptg (dlm slot Jejak Rasul) sempena dengan Maggi Rumah Terbuka.

Bila cite pasal rumah terbuka ini mesti ramai nak tahu menu apa yg special Mah@mahu masak. Untuk shooting tu sebenarnya Mah@mahu terpilih kerana telah menghantar menu masakan yg di beri nama "Daging Masak Dengdeng Bonda". Nak resepi Mah@mahu kongsi kat sini ok leh mencuba
Sorry tak sempat ambil gambar sebenar, ehsan from google.

Bahan-Bahannya....

1 kilo Daging Lembu
1 cawan Kicap Cair (Kicap Masin)
1 cawan Kicap Manis
5 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
100 gram Cili Kering
2 batang Serai
2 inchi Lengkuas
2 inchi Halia
1 camca air Asam Jawa
1 cawan minyak Masak
1 batang Kulit Kayu Mani
1 biji bunga Lawang
1 camca Secukup Rasa Maggi
Garam & Gula secukup rasa
1 biji Bawang Besar dipotong mayang

Cara-cara penyediaannya..
 1) Rebus daging dalam tempoh 45 minit sehingga lembut dan asingkan air rebusan untuk digunakan kemudian.
2) Hiris nipis daging yg telah direbus tadi dan tumbuk sehinggi nipis.
3) Perapkan daging yg ditumbuk tadi dengan kicap masin selama 2 minit dan goreng daging tadi sehingga separuh masak.
4) Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas sehingga hancur.
5) Tumis kulit kayu manis, bunga lawang di dalam minyak dan masukan bahan2 yg telah dikisar tadi. Masak sehingga naik bau.
6) Masukan kicap manis, daging yg digoreng, air rebusan daging dan asam jawa masakan sehingga sebati.
7) Kemudian masukan garam, gula dan Secukup Rasa Maggi.
8) Masaka sehingga agak kering kuahnya dan masukan bawang yg dimayang. Masak sehingga agak lembut bawang dan bolehlah dihidangkan.

Ni resepi turun temurun daripada keluarga Mah@mahu yg berasal daripada Acheh. Sebab tu nama nya bonda kerana mengabadikan bonda Mah@mahu yg sudi mengajar sajian ini memang sedap. Nak rasa tunggu nanti rumah terbuka Insyallah.....