Khidmat

Pondok Penyayang Raudhah

Khamis, Ogos 25, 2011 Mahamahu 0 Comments

Bulan puasa semua org nak meningkatkan amal kebajikan kerana janji Allah kepada mereka yg membuat amala jariah pada bulan mulia ini akan digandakan. Maka berebutlah org mengambil kesempatan ini untuk meraikan golong2 yg kurang bernasib baik ini. Tak lepas juga Mah@mahu untuk sama2 meraikan anak yatim dan golongan kurang bernasib baik ini anjuran office Mah@mahu.


Bertempat di Pondok Penyayang Raudhah Gombak Selangor segalanya berjalan lancar dan juga sungguh happening. Dpt beramal dan juga mencurahkan kasih syg kepada mereka yg kurang bernasib baik. Dapat menyumbang walupun tidak seberapa sungguh bermakna buat Mah@mahu. Kalau ada yg menyumbang atau buat amalan bolehlah kerumah tersebut kerana mereka sentiasa mengalukan kedatangan anda.


Yang paling hebat kat dalam kesunyian itu terselit satu bintang yg akan bersinar dan mampu mengubah nasib hidup mereka ini. Iaitu lahir satu bintang yg memang berbakat dalam dunia seni suara ini. Lahir sebuah kumpulan Bintang Raudhah iaitu kumpulan nasyid cukup hebat gabungan anak2 di pondok jagaan itu. Bukan setakat bakat menyanyi malah bakan bermain alat musik juga mampu memukau semua yg menonton dan juga mendengar termasuklah Mah@mahu sungguh memukau.


Video kat atas ini menjadi bukti kepada kehebatan mereka jika membuat persembahan secara langsung. Tambah adik Ali yg menjadi vokalis utama memang mantap dan hebat. Kepada mereka yg nak membuat tempahan persembahan boleh lah hubungi mereka. Mereka bakal muncul dlm rancangan Nasi Lemak Kopi O, MHI dan byk lagi dalam masa terdekat ini. Memang berbakat lah anak2 ini kagum Mah@mahu.