Hiburan

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Sabtu, Ogos 27, 2011 Mahamahu 0 Comments

Boleh tambah lagi koleksi lagu raya tahun ni. Firstly thanks to HotFM kerana hadiah CD kompilasi lagu2 raya terkini dan juga yg lama. Sebuah karya gabungan dua negara Malaysia dan Indonesia dengan barisan artis yg hebat belaka di dalam sebuah album Takbir Raya. Tapi pelik gambar cover album hanya kump Ungu dan juga Rossa tapi paling byk artis tempatan... pelik2.


Menggabungkan artis yg cukup popular di Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza, Aznil Hj Nawawi, Noraniza Idris, Era Fazira dan ramai lagi. Tidak kurang hebat artis dari negara seberang seperti kumpulan Ungu dan juga Rossa melalui lagu duet mereka 'Ku Pinang Kau Dengan Bismillah'. Unik kan album ini, susah nak dpat hanya bila tiba hari raya mcm ni baru lah ada album2 mcm ni kan.


Antara lagu lain yg dimuatkan dalam album ini adalah seperti Selamat Lebaran dari kump Ungu, Sesuci Lebaran, Fajar Di Pagi Raya, Gema Lebaran nyanyian Era Fazira, Anugerah Aidilfitri, Nikmat Hari Raya, Air Mata Syawal dan byk lagi kesemuanya ada 16 buah lagu. Lepas ni leh dengar lagu raya dalam kereta sepanjang perjalan nak pulang ker pantai timur nanti.. Selamat berhibur dan selamat hari raya semua..