Makanan

Azea Ala Phuket...

Rabu, Ogos 10, 2011 Mahamahu 0 Comments

Hari ni berbuka ala Phuket dengan my housemate tiba2 jer teringin nak makan mewah sikit. Tempat ni memang best lah layan sgt dengan suasana yg tenang dan nyaman jer. Tak ramai sgt org dan makan memang terbaik bukan setakat rasa tapi harga juga. Ni lah restorantnya iaitu Restorant Azea, meja makan memang sempoi siap ada payung mcm kat tepi pantai Phuket jer rasa.
Knp restorant ini alah Phuket kerana masakannya semua daripada masakan sana. Seperti yg aku makan hari ini Ikan Siakap Masak Phuket dan Tomyam Azea Special apa special tomyam ini ada ketam yooo. Tu semua dalam satu set makan sesuai untuk 3 org, ada sekali dengan Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan juga air Teh O/Sirap. 
Tapi tadi tiba nak cuba lak air minum di memang special lah nama saja dah unik yg aku oder Blackcurrant Sofiea, housemate aku oder air Jagung dan seorang lagi Tropicana. Memang cukup special siap dengan cawan yg cute dan comel hehehhee...
Paling unik kat sini tak pernah aku tgk lagi kat tempa lain adalah Pulut Manggis. Memang aku tak pernah makan dan tak pernah fikir ada makanan tu. Sedap gila lah sebelum ni pernah makan Pulut Mangga dan juga Pulut Duriankan. Kalau korang nak cuba boleh harga memang puas hati RM51.00, kat area Taman Equin Sri Kembangan dekat jer dengan Jaya Jusco tu. Cari lah Restoran Azea ok... Selamat berpuasa...