Kau Buat Aku Derita

Seluruh jiwa aku merana kerana mu. Seluruh tubuhku tersiksa kerana mu. Setahun ku menunggu kehadiran mu. Kini tiba kau tak ku temu. Mencari marantau meraba dalam kepastian. Menjejak rasa dan citarasa bebagai insan. Kini kau menjauh dariku membuat hati cekal ini luluh lesu tapa dirimu. Getir perit pedih dan sedih menyelubungi hati luka ini.

Namun kekuatan dan kekuasaan mu membuat terus insan naif ini gila dan terus mengila mencari dan menjejaki langkah kesanmu. Pelusuk ceruk dan piruk dijejak harapan setinggi awan ingin memilikimu. Namun semuanya hanya mainan pemilik yg rakus mencari kekayaan tanpa menghiraukan kehendak. Tapi bagi insan cekal ini di abaikan segalanya di kibas segala tomahan itu demi mu.

Setelah ribuan dan ratusan digeledah kau ku temui dalam bukitan yg meninggi. Hijau terang wangi sekali. Menusuk kalbu menikam hati. Menggiur air dibibir nipis ini. Menikmati nikmat dunia tanpa peduli. Lapahan demi lapahan merobek seluruh dirimu. Membuka ruang nafsu serakah ini. Akhirnya habis seluruh dirimu ku miliki. Sungguh indah dunia ini bila bersama mu. Oh durian buah idaman ku. 

P/s: Maaf meroyan pagi2 isnin ni sebab kesan dari makan durian yg berlebihan semalam waaaaaaaaaa.... aku nak lagi..



Kau Buat Aku Derita

5 comments.. read them below or add one

Terbelog Terbelog 18 July, 2011
mkn durian x ajak he3
::FAIZ FARISH:: ::FAIZ FARISH:: 18 July, 2011
makan tak ajak ek.. huhu
Idah Idah 18 July, 2011
sampai meroyan begitu sekali kalu dah makannya....kuat panahan buah durian ni..hehe
Khairul Antasha Khairul Antasha 18 July, 2011
ehehe..durian oh durian ada org meroyan keranamu.. :D
Hiddy Asri Hiddy Asri 18 July, 2011
Smlm aku mkn durian gak! Sedap!