Fakta

Jom Mengintai Anak Bulan

Rabu, Julai 27, 2011 Mahamahu 1 Comments

Telah ditetapkan oleh mohor2 besar raja2 bahawa tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan 2011 bagi menentukan hari pertama puasa adalah pada 31 Julai 2011 bersamaan dengan 29 syaaban 1432 hijrah iaitu pada hari ahad ini.

Antara lokasi yg ditetapkan adalah seperti berikut:

Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka)
Teluk Kemang (Negeri Sembilan)
Bukit Melawati (Selangor)
Pulau Angsa (Selangor)
Bukit Jugra (Selangor)
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
Pantai Pasir Panjang (Perak)
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
Menara Alor Setar (Kedah)
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu)
Pulau Perhentian (Terengganu)
Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu)
Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)
Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan)
Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan)
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak)
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, (Sabah)
Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang)
Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)

Byk tempat boleh tgk anak bulan dengan jelas ni. Tapi adakah semua tempat akan nampak anak bulan yang sama hehehehehe.. Hakikatnya tak sbr nak puasa nak menunaikan ibadah bulan mulia ini kebetulan pulak puasa Insyallah akan jatuh tepat dalam tempoh satu bulan. Berkemungkinan hari raya puasa pulak di anggarkan akan jatuh pada 30 @ 31 Ogos ini. Best nyer tak sbr rasa... Pada kawn2 semua selamat berpuasa ok..



1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam