Aktiviti

Nilai Oh Nilai..

Isnin, Jun 27, 2011 Mahamahu 4 Comments

Rentetan daripada kenduri kahwin cousin aku kat Nilai 3. Hari ahad ada hari persandingan yg meriah dan juga penuh adat2 Melayu. Bertemakan warna purple semua pakaian dan juga pelamin sungguh cantik lah pasangan bagai pinang dibelah dua. Doa dari kami semua moga bahagia hingga akhir hayat dan mendapat anak2 yg comel2 nanti ok hehehe... Pasangan ini terlalu muda tapi dah jodoh kata org kan tak boleh dihalang moga lebih tabah tempuhi alam rumahtangga.
Itu cerita meriah dan juga kegembiraan di majlis perkahwinan, tapi ni pulak cerita bila dah sampai Nilai 3. Apa lagi naik mambanglah mata hehehe.. Terutama kaum ibu2 dan juga mak2 org ni pantang kalau dah nampak tempat shopping walaupun tak sehebat Pavillion tapi kat sini lagi hebat huhuhu. Nilai 3 syurga bagi meraka nak membeli pakaian dan juga barang2 keperluan rumah.
Jalan depan ada barang murah, tgk tepi nampak jualan murah, jalan kaki pun ada harga runtuh. Pening pala kalau tgk tambah lak si ibu ni lagi lah nampak jer nak singgah tgk jer berhenti. Penat gak melayan telatah ibu2 ini tapi seronok sekali sekala dpt shopping ngan mak sendiri ini. Mcm2 lah nak beli tgk jer barang pastu akan compare dengan harga kat tempat lain. Tapi paling best gelagat penjual kat situ memang seronok lah. Tak dpt dibyangkan kalau pergi satu rombongan mcm manakan hehehehhe.
Tapi sebenarnya baguslah ada tempat mcm ni, sekurang-kurangnya ia akan dpt memberi tawaran harga paling rendah untuk semua org yg tidak mampu membeli belah bagi buat persediaan nak menyambut raya nanti ni. Mcm ni akan membarikan harga lagi rendah kepada pembeli yg nak mendapatkan barang keperluan rumah. Ada toto, selimut, kain pasang, baju siap, tudung, karpet, perabot2 kayu yg sejati dan mcm2 lagi. Jom dtg shopping kat sini nak raya ni woiii..




   

4 ulasan:

  1. penah lalu tp tak penah shoping kt situ..huhu~

    BalasPadam
  2. nilai, syurga kain..

    BalasPadam
  3. tiap kali raya mmg shopping sini .. tp dengar cite harga dia dah tak murah macam dulu .. dah makin up

    BalasPadam
  4. suka shopping sini, mcm mcm ada

    BalasPadam