Makanan

Nasi Goreng Ada Bahan Mengghairahkan...

Isnin, Jun 06, 2011 Mahamahu 6 Comments

Mesti akan ramai terkejut dan mula berfikir selepas kes bahan kimia dalam jus minuman di import dari negara luar. Mungkinkah dalam makanan nasi goreng juga menggandungi bahan terlarang dan juga merbahayakan kesihatan. Lepas ini kena boikotlah makan kat luar makan kat rumah dan masak sendiri lagi bagus. Tapi tu bukan lah tajuk penting sebenarnya. Tak ada pun bahan terlarang dalam masakan nasi goreng di seluruh Malaysia ini cuma gimik jer hehehehe...

Aku nak cita pasal hari minggu menjadi hari untuk melakukan experiment dalam memasak. Memang memasak satu aktivit paling sihat ketika hari cuti dan juga satu bidang yg melatih kita untuk lebih kreatif. So untuk hari minggu ni aku berseorang telah mengilhamkan satu masakan baru iaitu Nasi Goreng Berempah. Nak tahu apa rempah yg digunakan ia adalah gabungan rempah ratus tempatan seperti kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, lada hitam dan juga lada giling. Hasilnya seperti dibawah di makan bersama sambal belacan sodap....

Untuk menambah nikmat makan pastinya bersama hidangan minuman yg segaya bersama dengan menu utama tadi. Ini akan menjadikan hidangan lebih sempurna. Kali ini telah mencuba sesuatu yg cukup unik tak pernah terfikir tapi rasa cukup sedap iaitu membuat minuman Sirap Kayu Manis. Cukup mudah membuatnya hanya bancuh perisa sirap ros dan campurkan batang kayu manis dalam gelas anda pasti sungguh hebat.

Kesempurnaan yg 100% dalam satu hidangan mestilah diakhirkan dengan satu pencuci mulut yg manis. Tidak lengkap satu hidangan tanpa pencuci mulut. Di sini lahirlah satu idea iaitu membuat Ice cream with Manggo and Black Papper. Satu gabungan cukup sempurna dengan rasa manis asli dari buah mangga dan juga rasa krim dpd ice cream di lemakkan lagi bersama taburan lada hitam. Ini kerana lada hitam melemakkan rasa ice cream anda lagi tak caya cuba...

Satu hidangan lengkap dan cukup mudah untuk semua golongan bujang mcm aku ni untuk mencari kelainan. Kalau nak menu lengkap boleh lah comment and taf email anda kat sini ok. Tapi semualeh cuba sendiri tanpa coz yg tinggi. Selamat mencuba and selamat menjamu selera....






6 ulasan:

  1. pasti masakan kamu tidak hebat seperti masakan saya...hahaha gurau2..

    nasi goreng yg menghairah kan,...

    TAJUK: Masakkan yang cukup stim

    BalasPadam
  2. pergh. tengah lapar nie. macam sedapppp....

    BalasPadam
  3. Habis keluar air kat post ni..sbb makan nasik goreng pedas campur karipap busuk ..hahaha..gimik yg siot

    BalasPadam
  4. uisy...macam sedap je eskrem tuh...sirap kayu manis? erm...kena cuba nih..

    btw nak ajak awk join GA pertama sy, jom la join..hehe

    http://gadiskutersayang.blogspot.com/2011/06/munnafendy-1st-ga-dibuka-sekarang.html

    BalasPadam
  5. erk sedap ke semua rempah ratus ribu juta 2?huhu (^_^)

    BalasPadam