Laporan

Juara FA & Juara AF

Isnin, Jun 13, 2011 Mahamahu 5 Comments

Assalammualaikum semua selamat pagi Isnin yg penuh dengan mood santai dan agak2 suam2 kuku mcm aku ni hehehehe.. Nak pergi office pun pagi tadi agak lembab sikit rasa tapi gagahkan juga demi menjaga reputasi cemerlang hehehehe... Tak ada lah maklumlah dah cuti2 blk kg so memang rest walaupun penat ada kenduri kahwin. Tu nak tahu pasal kenduri kena tunggu next entry ok...

Cuma hari ni nak cite pasal hari minggu yg lepas penuh dengan pertandingan mencari juara. Pasti ramai yg dah tahu dan ramai yg terkejut dengan keputusan akhir Piala FA yg terlah dinobatkan kpd negeri Terengganu. Ramai menyangkakan bahawa Kelantan bakal mengulanginya lagi namun itulah kata org rezeki namanya. Ramai yg telah boleh ramalkan apabila Kelantan memulakan jaringan disaat masa2 terakhir itu. Namun segalanya musnah akibat kerana mungkin keyakinan terlalu tinggi bagi pemain Kelantan telah di ambil kesempatan oleh Terengganu untuk menghukum The Red Warrior itu dengan membawa ke masa tambahan.
Di kesempatan itu jugalah dugunakan oleh pihak Terengganu dalam memastikan bahawa Piala FA menjadi milik mereka tahun ini. Tahniah buat semua pemain negeri Terengganu dan juga tahniah kepada kelantan memberi saingan yg cukup hebat dalam menjadikn mlm itu satu pemainan yg sungguh dramatik sekali. Aku yg menyaksikan saat2 akhir itu pun masih terasa terkejut tapi semua boleh terjadikan. Nampaknya Terengganu menang double sekali hujung minggu ni apabila dalam pertandingan SUKMA juga Terengganu menjadi juara keseluruhan wow mungkin bukan takat dpt cuti dapat bonus lah korang kan heheheh...

Dalam masa sama gak kita menunggu untuk menyaksikan juara AF musim terakhir ini yg telah dinobatkan semalam. Tahniah kepada Hazama kerana peluang kedua yg diberikan kepadanya tidak dipersia-siakan dan di gunakan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi juara AF9. Sungguh kagum aku menyaksikan persembahan Hazama pada malm itu memang satu persembahan yg cukup  matang dan lagi beliau memang sungguh sesuai dengan jiwanya. Tak lupa juga pada peserta lain naib juara AF9 Lena, tempat ke3 Fina dan tempat ke4 Azri tahniah kepada anda yg cuba memberi saingan hebat mlm tadi.
Aku rasa ini satu sejarah juga apabila sebuah program realiti yg hendak ditamatkan diberi satu majlis yg cukup gemilang. Mana taknya sebelum ni kalau program realiti tu nak tamat habis mcm tu jer tak ada pun satu majlis yg gilang demilang mcm ni hehehehe. Byk program realiti yg habis mcm tu jer tak ada dengar berita pun mungkin tak ada bajet mahal sgt hehehehe. Itu lah nasib yg mungkin ditanggung AF ni juga dalam mengekalkan ranting mereka di persada hiburan tanah air. Namun mlm tadi cukup hebat dan mantap tapi kurangnya adalah gabungan 4 pengacara agak sedikit hambar tiada persefahaman antara mereka. Namun good luck for all juara ok...

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama13 Jun, 2011

    t'ganu cuti ke??? wahhh syiok nyeee

    BalasPadam
  2. Meriahnya bulan ni.. Mcm2 pertandingan, program ade.. AF pun saya tak sempat tgk bz punya pasal hehe.. :P

    BalasPadam
  3. peteh terengganu peteh , peteh biar reboh , ganu nelang kan lepas nie juara liga super plak insya allah

    BalasPadam
  4. tahniah hazama dan terengganu!

    BalasPadam