Hari Hacker Sedunia

Khamis, Jun 16, 2011 Mahamahu 7 Comments

Hari ini adalah hari paling teruk lah dalam sejarah kecanggihan teknologi apabila tidak dapat menghalang malah mengelak dari serangan hacker ini. Boleh dikatakan hampir separuh laman web dan juga ada sesetengah blog dapat di hack. Paling sedih pulak laman web kerajaan yg sememangnya cukup terkenal dengan kerajaan elektroniknya. Sedangkan hacker telah mengumumkan bila dan pada masa mana mereka akan menyerang. Namun kita masih tidak berjaga2 juga kan. Ini menandakan aras keselamatan sistem teknologi kita masih ditahap yg boleh diperlekehkan. Yg menceroboh bukan calang2 org meraka yg pasti tai dalam dunia teknologi ini.
Walaupun bagi sesetengan org serangan ini adalah kecik dan tidak memberi kesan yg hebat sagt tapi kesan sampingan ia memberi tamparan kepada negara kita. Mana tidaknya negara yang dalam usaha mencapai arah negara berteknologi tinggi dan maju ini mampu digodam hampir serentak dalam semua sistemnya. Hari ni byk dpt laporan beberapa web yg telah digodam. Di sini disenaraikan semua laman web yg telah digodam oleh hacker antarabangsa ini. Termasuk gak lah sebuah lama blog popular gengblogger.com
Namun bukan nak menjadi duri dalam daging atau manambah bisa nanah yg ada. Tapi nak bantu mana yg boleh agar perkara ini tidak berulang. Bagi blogger2 semua tak mustahil satu hari nanti blog kita di godam juga kan. So kena ambil tindakan berjaga2 dari peringkar asas. Kat sini ada beberapa tip untuk membantu kita dalam menjaga privacy blog atau laman web kita sendiri.

1) Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol2 untuk katalaluan anda. Kalau elok kita panjangkan kata laluan agak sukar nak diceroboh. Tapi jng guna kata laluan yg dibayangi oleh blog anda. Maksud aku kata laluan sama dengan nama blog ataupun kata laluan yg sama dengan nama anda atau tarikh lahir anda. Paling mudah setiap 3 bulan tukar kata laluan anda.
2) Menyimpan atau merahsiakan koding blog atau laman web anda supaya pihak2 tertentu sukar untuk menukar atau memutarbelitkan blog anda. Maksud aku kita simpan backup coding dan juga kita guna keyword yg agak pelik. Ini untuk2 mereka yg otailah.
3) Pastikan tidak selalu menukar atau menggunakan komputer awam atau komputer yg boleh diakses oleh org luar. Senang kata guna satu pc atau laptop sendiri yg kita jaga bukan guna di cybercafe untuk membuka atau menukar laman blog anda.
4) Pastikan kita sentiasa mengimbas setiap download file yg anda nak ambil daripada mana2 laman web lain. Ini bukan sahaja mengurangkan serangan virus tapi akan mengurangkan ia digunakan oleh org lain sebagai peranti untuk menceroboh blog atau laman anda.
5) Jangan sekali tinggalkan link admin yg pernah anda buka kepada umum atau pun dalam pc anda sendiri. Selalu lah cleankan cookies atau history selepas anda membuka laman web anda. Ini akan memudahkan pihak hacker mencari dimana lubang2 untuk memasuki laman web anda.

Diharap tips2 yg simple ini akan menjadi kita lebih berhati-hati dalam menjada hak dalam berblog. Memang menarik kalau ada hacker ini sebenarnya kerana apa di sini kita tahu dimana kekuatan serta pertahanan kita. Selain itu juga kita tahu bahawa ada lagi org lagi hebat dari kita hehehehhe.. Aku pun masih mentah byk lagi nak belajar ni. Oklah selamat berblog.....

7 ulasan:

  1. terima kasih atas tips

    BalasPadam
  2. thanks sebab buat entry ni..heheh..

    BalasPadam
  3. Hmm.. bagi aku org2 yg godam laman web tu org yg PENGECUT!! serupa mangkuk hayun.. so apa2 pn gunalah teknologi tu sebaik mungkin.. thnx 4 sharing this entry :)

    BalasPadam
  4. thanks 4 tips.nsb baek bank tak kene hack

    BalasPadam
  5. thanks 4 tips.nsb baek bank tak kene hack

    BalasPadam